Pages
Tuesday, August 30, 2011
Berbuka Puasa Di Padang Depan Masjid Negeri Kuantan
Semuanya sedang menunggu masa masuknya waktu Maghrib.....
Sunday, August 28, 2011
Sesi Memilih Tudung
Friday, August 26, 2011
Thursday, August 25, 2011
DUKE : Dukexpresway Murders
Bukunya berbahasa Inggeris.. tapi Inggeris yang simple dan mudah difahami. Bila membaca tu rasa seronok plak.. nak tahu apa akan jadik seterusnya. Buku ni lebih kepada siri penyiasatan.. rasa macam dok tengok CSI bila membaca buku nih...
Haha..sesapa nak baca ...boleh lah carik buku nih...
Mana mak?
PLUS Perkenal Jadual Perjalanan Bezakan Kenderaan Bernombor Akhir Genap Dan Ganjil
Majlis Istana Terbuka Pada 1 Syawal
Tazkirah Hari Ini
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
Sunday, August 21, 2011
Friday, August 19, 2011
Air Asia Mengumpul Income Lagi...
Makin tertekan lah orang-orang kebanyakan, kalau orang-orang yang dah ada duit banyak tu dah sah-sah lah tak kisah pun.. lagi best depa2 tu naik MAS jerk.. ni kita-kita yang kebanyakan pun dah nak dikenakan bayaran tambahan lagik.. Aduss.. Fikir-fikirkanlan...
APA KATA ANDA???
Thursday, August 18, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Malam Lailatul Qadar
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah ubah suai masjid la. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
Lawak Pak Pandir dibulan puasa
Friday, August 12, 2011
Al Kisah Lawak
Daripada Emel Kelakarian GrupMungkin ada yang pernah baca cerita ni tapi tak salah kalau aku ingatkan sekali lagi..
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47...
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..
Selain terhibur anda fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
Saturday, August 6, 2011
Salam Kemerdekaan - Ke 54
RM 6 baru untuk Aidilfitri Tahun 2011 (Kelakarian)
Monday, August 1, 2011
Bazaar Ramadhan di Masjid Negeri Kuantan
Hari pertama Ramadhan, kesempatan yang ada sebelum aku pulang ke KL.. Dpt juga aku ke bazaar ramadhan Kuantan. Lama dah tak pegi.. Bermacam juadah yang dapat dilihat dijual.. Fuhh.. Mengancam nafsu..
Seperkara yang aku dpt lihat, banyak juga juadah yang dijual telah naik harga. Aku terkejut tengok harga. Mungkin kesan daripada 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Aku rasa nak membeli air tebu, survey punyer survey.. Mak air.. Harga dia.. Satu jug dijual dgn harga RM5 hinggit.. Mak oii... Punyer le mahal.. Bese aku beli kat Impian Ehsan Balakong pun baru RM3 satu jug. Siap bg air batu lagi.. Aduss.. Patut lah harga gula naik.. Agaknya mmg bahan mentah dia (tebu) naik harga kot.. Untung peladang tebu kat Perlis...
Ronda-ronda lagi kat situ.. Ada lah tekak terasa nak makan kueh yang biskut tuh.. Ada kan ala yg campur ngan coklat masak tu.. Aku pun tak tau nama dia.. Harga RM1 utk 2 keping.. Kenit plak tu kepingnya.. Sedih plak nak makan...haha... Itulah hakikatnya.. Tahun 2011....
Last skalli.. Buat makan..lepas2 waktu tarowih karang..bungkus la nasi minyak.. Yang ini je nampak maintain... Ok..lah.. Selamat Berbuka Puasa... Wassalam...

























