Thursday, December 29, 2005

Parking di Jerman








Bayangkan, sistem meletak kenderaan seperti ini. Gambar ihsan dari Jerman.
[Read more...]

Monday, December 19, 2005

Kereta VS Ayang

dear abang,
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
love,
ayang

[Read more...]

Friday, December 16, 2005

Bas & Cinta

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber 'air-cond', adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...hehehehheheheeee.....
"Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun akan memperolehi pahala,tetapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau pun akan diancam seksa...."

[Read more...]

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

[Read more...]

Jauh Perjalanan






Emm....penat orang nie berjalan. Tak berenti-renti..
Releks sebentar...Tenangkan fikiran anda..
[Read more...]

Thursday, December 15, 2005

Kuku

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku anda.
The Truth. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya'Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

[Read more...]

Wednesday, December 14, 2005

Soalan Yg Kerap Di Tanya Dan Cara Jawab Terkini!!!

Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"
Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"
Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.
Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

[Read more...]

Tips Dr. Fadillah Kamsah

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya'Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & Insya'Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

[Read more...]

GEN 2 R3






Model Gen 2 R3 yang akan datang. Tungguuuu..
[Read more...]

Monday, December 5, 2005

Majlis Kahwin Lagi....






Emmmhhhh..tgh musim kahwin. Macam nilah... ramai lah kengkawan kita yang kawin. Ok lah... ape-ape hal pun Bang Yusrey kita ni telah pun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya bernama Lin pada 3 Disember 2005 yang lalu di rumah pengantin perempuan di Seksyen 4 Shah Alam, Selangor. Muga Abang Yusrey berbahgia hendaknya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU"








Hemmm...jgn terkejut. Pn Puteh Kamariah (Pengarah Caw. Kerja Kesihatan) turut hadir dalam majlis perkahwinan Abg Yusrey kita.










Haaaa...ini lagi satu majlis perkahwinan staff CKK dari unit Mekanikal. En Hatta kita la....sape lagi. Jadi beliau telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau Norlita dari unit PTM, CPK. Orang JKR jugak rupanya...... jadik diucapkan juga muga berbahgia hingga ke akhir hayat hendaknya....











Tu dia...pasangan ni diarak dengan tandu lagi....
" SELAMAT PENGANTIN BARU"
[Read more...]

Perkahwinan Hazila dan Syamsul Hamri


Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan mendapatkan gambar perkahwinan member UiTM kita iaitu Hazila Bt Othman dan pasangannya Syamsul Hamri. Hazila telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada 26 November 2005 yang lalu di Batu Pahat, Johor.
Gambar ini ehsan daripada kawan karib beliau Pn Dayang Khadijah Hamzah. Muga mereka berdua bahagia hingga akhir hayat









Ini pula adalah gambar majlis perkahwinan mereka di Bandar Putera, Kelang pada 4 Disember 2005 yang lalu.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
psstt: Nanti dapat anak jgn lupa nama Nurul

[Read more...]

Friday, December 2, 2005

Nikah

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk menikah dengan Robert. Jejaka pilihannya yang juga adalah tetangga dan teman sepermainannya sejak kecil.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mau nikah.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh menikah dengan siapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ya!
Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya menikah dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar kata ayah kamu itu. Kamu boleh nikah dengan siapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. kakak beradik kan tak boleh nikah.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

[Read more...]

Nenek Ani

Ceritanya begini, Nenek Ani dirawat di hospital. Menurut doktor, sakit asmanya sudah semakin parah sehingga perlu dipasang saluran oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti dalam keadaan koma. Apabila dia dilihat semakin nazak, anaknya memanggilkan Pak Ayub (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Ayub berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani berubah membiru seolah-olah tidak bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Ayub.
Sambil terus berdoa Pak Ayub terus menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Ayub diundang untuk datang kerumah Ani.
Selesai membaca do'a, Pak Ayub bercakap, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Ayub pun lalu membaca surat tersebut, yang berbunyi :
"Ayub jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran tiub oksigen aku..!"

[Read more...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...