Salam Pengenalan Buat semua,
Aku adalah seorang yang biasa, simple dan tidak juga cerewet. Aku telah berkeluarga dan mempunyai 2 cahaya mata. Aku telah dilahirkan di Kelang, Selangor. Masa tu, ibu dan bapaku bertugas di Lembah Kelang. Kemudian dalam tahun 85 kami sekeluarga telah berpindah ke Melaka disebabkan bapaku dihantar bertugas di Kampus Sementara Itm (kini Uitm) di Jalan Hang Tuah Melaka.
Aku memulakan alam persekolahanku semenjak di Kelang lagi. Darjah 1 (satu) di Kelang. Kemudian Darjah 2 (Dua) dan 3(Tiga) di Tengkera, Melaka. Darjah 4 sehingga darjah 6 aku bersekolah pula di Sek Keb Batu Berendam antara tahun 88 sehingga tahun 90. Aku menyambung pelajaran aku di peringkat menengah di Sek Men Tun Mutahir. Itupun buat sementara waktu (sebulan). Aku berpindah lagi ke Sek Men Munshi Abdullah. Sehinggalah tamat ting 3. Ting 4 dan ting 5 aku menyambung pelajaran di Sek Men Teknik Melaka. Aku menempuh SPM pada tahun 1995 dan alhamdulillah cukup-cukup makan untuk mendapat Gred 1.
Dari situ aku menyambung pelajaran di peringkat Diploma Kej Elektrik & Elektronik di Uitm Shah Alam dan telah grad pada April 1999. Dengan semangat aku menyambung ke peringkat Ijazah Kej Elektrik (Kep) dan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Kepujian Kelas Dua Atas.
Dunia pekerjaan aku bermula dari Ting 2 lagi sebenarnya. Aku bekerja secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapaku pada hujung minggu. Kerja apa?? Hehe…Kerja bersihkan rumput di kilang-kilang berhampiran rumah aku. Paling jauh aku pergi naik basikal di Ayer Keroh. Hehe…
Kemudian selepas tamat ting 5 aku juga bekerja sementara di sebuah Stesen Minyak Petronas Durian Tunggal. Owner adalah jiran di Taman Merdeka, Batu Berendam. Kira berserah jgk kerja nih. Orang lain duk masuk Ting 6 kita terus kerja. Tapi keyakinan aku terbalas dengan Tawaran Sambung Belajar di peringkat Diploma Uitm.
Selepas tamat pelajaran aku diperingkat Ijazah, aku sekali lagi bergelut dengan temuduga-temuduga yang kian lama mematahkan semangat aku untuk terus mencari kerja. Aku pasrah, dan aku tak kira. Ada kerja kosong di Convenience Shopping Sdn Bhd. Nak tahu….apa lagi sebagai pembantu jualan di 7E lah… Selama 8 bulan aku bekerja bagi menghilangkan fobia aku pergi temuduga kerja. Pada satu hari aku telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat swasta Pfc Engineering Sdn Bhd (anak syarikat Maju Holdings) di pantai timur (Terengganu) sebagai seorang Special Grade Artisan (Instrument). Rupa-rupanya yang aku pergi interview tempoh hari di Terengganu telah menarik minat syarikat berkenaan untuk mengambil aku bekerja.
Akhirnya aku meninggalkan 7E dan dengan nekad serta sehelai sepinggang aku menuju ke pantai timur dengan azam aku akan lebih berjaya dan dapat memanfaatkan ilmu yang aku pelajari selama ini. Di Kemaman, Terengganu, dengan tiada yang dikenali aku berserah dan alhamdulillah aku berjaya berdikari di sana.
Setelah 2 tahun lebih disana, aku ditawarkan bekerja sebagai seorang Jurutera di sebuah agensi kerajaan. Sekali lagi aku berhijrah. Berhijrah dengan maksud untuk membina kehidupan yang lebih baik. Kini aku masih kekal di Jabatan berkenaan. Aku juga telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2006. Begitulah serba sedikit cerita tentang perjalanan hidupku.
Sekian.
[Read more...]
No comments:
Post a Comment