Wednesday, April 25, 2012

Drebar Teksi - Hari pertama bekerja...

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang. 

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

[Read more...]

Tuesday, April 24, 2012

Sunday, April 22, 2012

Cita-cita Seorang Murid

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…

Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas… terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.

[Read more...]

Saturday, April 21, 2012

Bergambar dengan orang kuning




[Read more...]

Saksi Yang Benar-benar Saksi..

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

[Read more...]

Pussy Massage



[Read more...]

Friday, April 20, 2012

Pengakuan Makcik Tidak Diterima.. Huahuahua...

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni'. Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!!  baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni. 'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'  Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat ni.

[Read more...]

Interview dengan Si Lanun

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

[Read more...]

Funny di pagi Jumaat - Ceriakan Hari Anda

ada lagi cerita kentut ni...
 
Pada suatu ketika yg lalu, di sebuah kampung yg terletak agak jauh dari pekan, terdapat 5 sekawan kelihatan segak2 belaka, mahu ke pekan gamaknya. sedang menunggu teksi di sebatang jalan simpang kampung mereka.
 
Sebentar kemudian lalu sebuah teksi, kalau di kampung2 lebih dipanggil kereta sewa. kereta sewa sebuah mercedes lama dipandu seorang pakcik yg agak berumur tapi masih kuat dan bersemangat semasa dia menyapa 5 sekawan tadi, " mahu ke pekan ke?" haa..mari..mari...apalagi 5 sekawan tadi terus masuk ke kereta.
 
Oleh kerana ber-5, ruang kereta agak sesak.pakcik driver memberitahu bahawa kereta sewa nya tiada aircond jadi haruslah menurunkan tingkap cermin kereta.biar angin dari luar sahaja menyejukkan mereka.
 
Di perjalanan itu tiba2 hujan lebat telah turun memaksa mereka menaik kan cermin tingkap utk mengelak tempias hujan.suasana agak hangat dan sesak kerana ketiadaan udara segar dan serta mereka berpeluh2. sambil2 mereka memuncung2 dgn keadaan itu...tiba-tiba semua yg ada di dalam kereta telah mengesan satu bau kentut yg teramat busuk sekali seperti bangkai mati...!#@$%^&*(&^%$$#!###!#!@@!!!......pakcik driver itu tersangat lah hangin satu badan sambil menyindir...eh siapa kentut ni..berenti disini saja, berak dulu....kemudian 5 sekawan tadi masing2 menjawab bahawa bukan mereka yg melepas kan kentut busuk itu..dgn kata mudah mereka tidak mengaku.
 
Pakcik driver makan hati, dia terpikir..takpe2 korang tak ngaku ye...sesampai nya di pekan, 5 sekawan tadi sudah tiba ke tempat di tuju,kereta berhenti dan mereka membayar tambang kepada pakcik sambil mengucapkan terima kasih dan minta diri utk beredar, sambil2 pakcik driver tadi mengira2 tambang yg dibayar...tiba2 pakcik driver tu bertanya kepada mereka...errr....yg kentut tadi dah bayar ke ni...??
 
Maka berdesing lah telinga salah seorang member 5 sekawan tadi, sudah di bayar lagi di tanya2 sudah bayar ke belum...nyanyuk ke apa pakcik ni..lantas dgn jelas salah seorang dari mereka membalas...sudah pakcik..tadi saya hulurkan 5 ringgit utk tambang saya...
moga2 pakcik driver tadi dapat mengingati bayaran nya tadi....pakcik driver mengganguk2 dan membalas....ooooo...jadi kau lah yg kentut dlm kereta tadi...????
 
kantoi...

[Read more...]

Wednesday, April 18, 2012

Fw: Buletin Pesta Buku 1 - Istimewa di JS

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Semoga diberi kelapangan oleh-Nya.

Sudah banyak soalan yang kami terima untuk mengetahui apakah tawaran menarik daripada Jemari Seni untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Nampaknya Kak Ajah tak boleh berlengah lagi. Jadi untuk buletin kali ini, Kak Ajah akan ceritakan apa yang istimewa di gerai JS satu per satu ya!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-31 akan berlangsung pada 27 April – 6 Mei 2012 di PWTC. Kali ini Jemari Seni mendapat gerai di Dewan Tun Hussein Onn (dewan sebelah pentas utama), gerai no. HA11 – HA14 (peta lokasi). Bagi mereka yang pernah mengunjungi kami tahun lepas, gerai tahun ini bersebelahan dengan gerai tahun lepas saja. Senang nak jumpa, insya-Allah Smile.

JS Adiwarna pula akan berada di muka pintu Dewan Tun Razak 3 di tingkat atas. Gerai no. 3002-3003 (peta lokasi). Jangan masuk dewan terus, singgah di JS Adiwarna dulu tau! Di sana ada pelbagai buku dengan tawaran menarik. Jangan lupa temui pahlawan-pahlawan Melaka di sana :D
Baiklah, Kak Ajah senaraikan apa yang istimewa di gerai JS ya.
  1. Diskaun! Semua judul novel umum akan diberi diskaun 25%. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel-novel baharu dan mencukupkan koleksi novel-novel lama dengan harga istimewa ini ya. Setahun sekali sahaja Smile . Boleh lihat katalog novel di sini.
  2. Hadiah! Untuk  setiap pembelian RM50 ke atas, pembeli akan menerima satu beg* elegan (non-woven) seperti gambar ni. Cantik sekali! Bagi penggemar beg macam Kak Ajah ni, boleh tambah koleksi beg ya.
    Beg
      
  3. Baucar! Untuk setiap pembelian RM100 ke atas pula, pembeli akan menerima satu baucar bernilai RM10. Beg pun dapat (dua beg lagi), baucar pun dapat :D Baucar ni boleh ditukar di gerai JS Adiwarna sahaja sepanjang pesta buku ini berlangsung. Apa lagi, kumpulkan judul-judul yang belum ada dalam koleksi lagi tu ya!
  4. Button badge! Istimewa untuk pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi – satu button badge* yang cute akan diberi untuk setiap pembelian  (pelajar IPT sila tunjuk kad pelajar ya). Kak Ajah pun berkenan ni, untuk letak di beg elegan tadi. Elok saja badge warna merah ni atas beg putih bersih ni. 
    BADGE-JemariSeni-
     
  5. Bertemu penulis! Jadual kehadiran penulis seperti di sini ya.  Penulis-penulis yang hadir semuanya berharap dapat berjumpa dan beramah mesra dengan pembaca. Singgahlah untuk bertemu mereka yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersua dengan pembaca semua  Smile.
* sehingga stok masih ada. Satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat Laughing.
Warga JS yang memakai apron merah gelap menunggu kedatangan kalian ke gerai dengan senyuman manis, semanis madu dari Yemen Smile.
Oh, boleh guna kad kredit untuk pembelian RM50 ke atas ya! Jangan risau untuk bawa dompet tebal. Bawa kad, lebih mudah Smile .
 Buletin akan datang: Novel-novel umum baharu untuk pesta buku...
BANNER-Velvet-Nah-Senyum-640x300
Kapal dagang dari seberang,
    Sarat muatan kayu meranti;
Dari jauh tuan puan datang,
    Kami di JS sedia menanti.
Salam penuh takzim,
Kak Ajah  
 *10 hari ke Pesta Buku 2012*
~ JS menyampaikan, walau sebaris ayat~


[Read more...]

Tuesday, April 10, 2012

Keropok Ganu Mari....




[Read more...]

Sunday, April 8, 2012

Window shopping Di Jalan Masjid India




[Read more...]

Bazar Masjid India




[Read more...]

Saturday, April 7, 2012

Lagi sorang dalam demam makan aiskrim




[Read more...]

Makan aiskrim dalam demam




[Read more...]

Baru bangun...




[Read more...]

Friday, April 6, 2012




[Read more...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...