Tuesday, August 30, 2011

Berbuka Puasa Di Padang Depan Masjid Negeri Kuantan

 Orang belum berbuka lagi, Si Irfan dah berbuka dulu..haha...


 Semuanya sedang menunggu masa masuknya waktu Maghrib.....

[Read more...]

Sunday, August 28, 2011

Layan Buaian


[Read more...]

Sesi Memilih Tudung

Hah.. Kak..mari kak tengok tudung kak.. Malam ni jual lelong kak. Harga bese RM10 kak.. Tp malam ni bagi harga lelong kak RM8.. Beli 2 tudung RM15.. Pilih kak mari pilih kak.. Yang RM25 pula kak.. Malam ni kita bagi RM20.. Yang RM18..malam ni kita bagi RM15.. Pilih..pilih.. Mari pilih.
[Read more...]

Friday, August 26, 2011

Petronas Raya 2011


[Read more...]

Beberapa Kesalahan Berhari Raya

Drpd Group Kelakarian
[Read more...]

Thursday, August 25, 2011

DUKE : Dukexpresway Murders

Akhirnya... aku sempat menghabiskan lagi satu buku cerita yang agak menarik.. (ambik masa jugak membaca kat MPH Midvalley nih)..

Bukunya berbahasa Inggeris.. tapi Inggeris yang simple dan mudah difahami. Bila membaca tu rasa seronok plak.. nak tahu apa akan jadik seterusnya. Buku ni lebih kepada siri penyiasatan.. rasa macam dok tengok CSI bila membaca buku nih...

Haha..sesapa nak baca ...boleh lah carik buku nih...



[Read more...]

Mana mak?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin.

[Read more...]

PLUS Perkenal Jadual Perjalanan Bezakan Kenderaan Bernombor Akhir Genap Dan Ganjil


PETALING JAYA, 24 Ogos (Bernama) -- PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 Sept.

"Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 Sept dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala

[Read more...]

Majlis Istana Terbuka Pada 1 Syawal


KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka di Istana Negara di sini pada 1 Syawal sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberitahu pemberita di sini Rabu bahawa majlis itu akan diadakan secara dua sesi bermula 10 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Sesi pertama iaitu dari 10 pagi hingga 11 pagi melibatkan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama jemaah menteri, pegawai tinggi kerajaan, orang kenamaan serta diplomat asing manakala

[Read more...]

Tazkirah Hari Ini

Ada seorang kawan yang senasib dengan saya bertanya saya,

"Kenapa ye kita ni berat sangat jodoh?...ada orang tu senang sangat jumpa jodoh, tak payah susah2 usaha cari jodoh....ada orang tu tak payah nak buat solat hajat, solat istikharah nak dapatkan jodoh....senang je jalannya....kita ni doa pun sudah, solat hajat, solat istikharah pun sudah, tapi tak juga2 dapat....apa makna semua ni? saya dah malas nak buat solat hajat dan solat istikharah dah....sama je...tak ada hasil pun....orang lain tak payah buat solat hajat solat istikharah pun dah lama kawin, bahagia lagi..."

hmmm....saya hanya mampu terdiam....tak mampu nak jawab persoalan tu....berat rupanya persoalan ni...

Siapakah kita untuk mempertikaikan urusan Allah?

[Read more...]

Wednesday, August 24, 2011

Monday, August 22, 2011

Program Mengecat Rumah


[Read more...]

Sunday, August 21, 2011

Lepak di Hentian Seremban

Melepak sebentar di Hentian Seremban. Dalam perjalanan balik dari Bt Pahat.
[Read more...]

Friday, August 19, 2011

Air Asia Mengumpul Income Lagi...

As Salam / Salam Sejahtera,

Semalam 18 August 2011 jam 11.54pm aku menerima email daripada Air Asia. Nak tahu apa ceritanya.. Haha..sekarang depa dah ketemu lagi satu cara untuk melebatkan income diorang, disamping dapat mengurangkan perbelanjaan mengurus (tanpa perlu ada ramai staff duduk kat kaunter).. 

Caranya adalah dengan mengenakan bayaran sekiranya anda membuat daftar masuk (check in) secara konventional melalui kaunter. Haa.. Nak daftar masuk pun kene bayar beb.. RM10 per guest. Kalau korang nak tengok email tu.. ni ha kat bawah ni korang tengok lah.. Yang free untuk daftar masuk hanya secara kiosk atau web check in sahaja.. wah..wah..wahh... memang akan lebih kaya lah orang2 yang dah tentunya kaya. 

Makin tertekan lah orang-orang kebanyakan, kalau orang-orang yang dah ada duit banyak tu dah sah-sah lah tak kisah pun.. lagi best depa2 tu naik MAS jerk.. ni kita-kita yang kebanyakan pun dah nak dikenakan bayaran tambahan lagik.. Aduss.. Fikir-fikirkanlan...

APA KATA ANDA???
[Read more...]

Wednesday, August 17, 2011

Malam Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah. Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.  Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah ubah suai masjid la. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
 
Bingkisan emel group Kelakarian

[Read more...]

Lawak Pak Pandir dibulan puasa

Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan. " Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang, " kata ustaz itu.  

Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?" "Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu...  terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha! 
 
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan? Suma dah kena penjara.... heeee! Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.

Bingkisan emel group Kelakarian

[Read more...]

Koleksi Iklan Lama - Retro




[Read more...]

Friday, August 12, 2011

Surat Rasmi

Bingkisan Emel Kelakarian



[Read more...]

Al Kisah Lawak

Daripada Emel Kelakarian Grup
Mungkin ada yang pernah baca cerita ni tapi tak salah kalau aku ingatkan sekali lagi..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..

Selain terhibur anda fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

[Read more...]

Saturday, August 6, 2011

Salam Kemerdekaan - Ke 54


As Salam / Salam sejahtera,

Bulan ini kita akan meraikan Kemerdekaan Negara yang ke-54. Semangat ini terpapar pada anak-anak kecil yang berbangga bendera Jalur Gemilang berkibar. Muga generasi kita masa kini dan juga akan datang akan sentiasa mengingati perjuangan nenek moyang dalam memastikan Malaysia mencapai kemerdekaan.

Muga semangat mereka sebagai anak Malaysia akan terus padu mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang. 

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA....

[Read more...]

RM 6 baru untuk Aidilfitri Tahun 2011 (Kelakarian)

Ku baru dapat email dari grup Kelakarian.. Ku ingatkan betul-betul lah ada duit baru RM 6 keluanran Bank Negara.. rupa-rupanya...hehehe..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

[Read more...]

Monday, August 1, 2011

Bazaar Ramadhan di Masjid Negeri Kuantan

As Salam buat semua,
Hari pertama Ramadhan, kesempatan yang ada sebelum aku pulang ke KL.. Dpt juga aku ke bazaar ramadhan Kuantan. Lama dah tak pegi.. Bermacam juadah yang dapat dilihat dijual.. Fuhh.. Mengancam nafsu..

Seperkara yang aku dpt lihat, banyak juga juadah yang dijual telah naik harga. Aku terkejut tengok harga. Mungkin kesan daripada 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Aku rasa nak membeli air tebu, survey punyer survey.. Mak air.. Harga dia.. Satu jug dijual dgn harga RM5 hinggit.. Mak oii... Punyer le mahal.. Bese aku beli kat Impian Ehsan Balakong pun baru RM3 satu jug. Siap bg air batu lagi.. Aduss.. Patut lah harga gula naik.. Agaknya mmg bahan mentah dia (tebu) naik harga kot.. Untung peladang tebu kat Perlis...

Ronda-ronda lagi kat situ.. Ada lah tekak terasa nak makan kueh yang biskut tuh.. Ada kan ala yg campur ngan coklat masak tu.. Aku pun tak tau nama dia.. Harga RM1 utk 2 keping.. Kenit plak tu kepingnya.. Sedih plak nak makan...haha... Itulah hakikatnya.. Tahun 2011....

Last skalli.. Buat makan..lepas2 waktu tarowih karang..bungkus la nasi minyak.. Yang ini je nampak maintain... Ok..lah.. Selamat Berbuka Puasa... Wassalam...
[Read more...]

Ragam di rumah Tok Ki Balok


[Read more...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...