Friday, August 24, 2007

Lagi Gambar Istri dan Anak Saya


[Read more...]

New JKR Complex


Illustration of new JKR complex

[Read more...]

My Family


My lovely wife and son.
[Read more...]

Biarkan Aku Jadi Mataharimu

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita itu sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….
[Read more...]

Tuesday, August 21, 2007

USIA PERNIKAHAN MEMPENGARUHI KEMESRAAN........

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi
lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma,sayang, i belikan murtabak
favourite u ye sayang..
6 bulan: trafik jam aah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak.rasa pun sedapppppp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang
lain, eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg
u nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik
flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE,TAK???
[Read more...]

Wednesday, July 4, 2007

PALESTIN BERDARAH LAGI

Setitis demi setitis darah kaum Muslimin terus mengalir di bumi Palestin. Jika di zaman Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi, darah kaum Muslimin mengalir dengan penuh kemuliaan sebagai syuhada di jalan Allah, namun kini darah yang mengalir ini dipenuhi keaiban dan murka Allah terhadap orang yang menumpahkannya. Jika dahulu darah-darah yang mengalir dipenuhi keharuman dan keberkatan, kini darah yang mengalir ini dipenuhi kebencian dan permusuhan sesama sendiri. Ya, siapa lagi yang dimaksudkan jika bukan puak Hamas dan Fatah yang berbunuhan antara satu sama lain demi secebis tanah yang ingin dikuasai. Maha Suci Allah, kaum Muslimin dahulu berperang mengalahkan musuh-musuh mereka demi membebaskan bumi Al-Quds, tanah yang diberkati dari golongan kuffar. Mereka bertempur kerana menyahut seruan Allah menuju syurgaNya. Kini, kaum Muslimin melanggar perintah Rabb mereka secara terang-terangan dengan berbunuhan sesama sendiri kerana berebut sebuah pemerintahan.

Konflik yang berlaku di antara Fatah dan Hamas sudah memakan ratusan, mungkin ribuan korban. Dari apa yang dapat disaksikan, masing-masing nampaknya berbangga setelah berjaya membunuh saudara sendiri; lagi ramai yang terkorban, lagi gembira perasaan yang ditunjukkan, malah mereka bersyukur dengannya. Kegembiraan mereka ini sudah tentu dikongsi oleh pihak lain yang ternyata lebih gembira melihat apa yang berlaku. Siapa lagi jika tidak Amerika Syarikat (AS) dan Israel. AS dan Israel dapat berehat seketika dan dapat menjimatkan seberapa banyak dari peluru-peluru mereka yang disimpan khas untuk membunuh kaum Muslimin. Mereka bukan sahaja tidak mengalami apa-apa kerugian, malah dalam masa yang sama, mereka berjaya meneguhkan cengkaman mereka di bumi Palestin. Hamas dan Fatah berperang sesama sendiri hanya kerana berebut sejengkal dari tanah mereka sendiri (Gaza dan Tebing Barat), tanpa mempertikaikan tanah yang lain yang dari dahulu hingga sekarang dikuasai oleh Yahudi dengan selesanya. Hamas dan Fatah sepatutnya bersama-sama memerangi musuh Allah, si Yahudi la’natullah, dan menghalau mereka keluar dari bumi Palestin, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Alangkah hinanya keadaaan ini!

Berikut ini kami paparkan surat terbuka dari Hizbut Tahrir Pusat yang ditujukan secara khusus untuk Hamas dan Fatah dan disebarkan secara amnya untuk kaum Muslimin di seluruh dunia agar kaum Muslimin sedar terhadap apa yang berlaku dan mencari jalan keluar darinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. [Surat asal adalah berbahasa Arab dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke dalam bahasa Melayu].

APA YANG TERJADI DI PALESTIN BUKAN SEKADAR JENAYAH, BAHKAN LEBIH DARI SEKADAR SEBUAH KONSPIRASI

Wahai Orang-Orang Yang Berlumba dalam Keburukan, Apakah Sudah Tiada Di Kalangan Kalian Orang Yang Masih Memiliki Keimanan?

Bukankah merupakan satu tindakan jenayah yang luar biasa, ketika Fatah yang telah menjadi harapan masyarakat untuk membebaskan keseluruhan Palestin, ternyata berakhir dengan hanya memerintah wilayah yang didudukinya, Tebing Barat. Sebuah pemerintahan yang tidak mempunyai apa-apa samada kekuasaan (authority) atau kedaulatan sedikit pun. Anehnya, Fatah berpesta dan bernyanyi kegembiraan kerana telah berjaya menghalang Hamas dan tenteranya dari menduduki sejumlah wilayah yang berada di bawah Palestin. Padahal, tugas Fatah sebenarnya adalah untuk menghalang tentera Yahudi la’natullah dari memasuki, berarak mahupun berjalan di bumi Palestin!

Bukankah juga merupakan satu tindakan jenayah yang luar biasa, ketika Hamas yang telah menjadi harapan masyarakat untuk membebaskan keseluruhan Palestin, ternyata berakhir dengan hanya memerintah wilayah yang didudukinya, Gaza. Sebuah pemerintahan yang tidak mempunyai apa-apa, samada kekuasaan (authority) atau kedaulatan sedikit pun. Anehnya, Hamas bersyukur kepada Allah kerana telah berhasil membebaskan Gaza dari tangan Fatah dan tenteranya. Padahal, sepatutnya Hamas membebaskan
Gaza dari kekuasaan dan polisi Yahudi la’natullah yang terus mencengkam Gaza dengan penuh rasa permusuhan dari hari ke hari?

Bukankah merupakan tindakan jenayah yang luar biasa, ketika kedua kelompok tersebut berjaya ‘mencapai’ apa yang gagal dicapai oleh Yahudi? Mereka berjaya mengisytiharkan secara terbuka dan terang-terangan pemisahan Tebing Barat dan Gaza, bukan hanya sekadar dengan kata-kata, tetapi secara nyata, dengan wujudnya secara fizikal!

Tidakkah juga merupakan tindakan jenayah yang luar biasa, bahawa kedua-dua pihak yang (kononnya) mendakwa merekalah penyelamat Palestin, walhal sesungguhnya merekalah yang menumpahkan darah rakyat Palestin yang tidak berdosa?

Wahai Kaum Muslimin!

Tercatat bukti bagi siapa pun yang boleh melihat bahawa Pengisytiharan Mekah sebenarnya merupakan perangkap bagi Hamas agar terlibat dalam proses politik pilihanraya dan kemenangan (telah diatur) bagi pihak Hamas di mana Hamas diberi pemerintahan di tanah yang diduduki. Hamas telah termakan umpan ini. Tujuan di sebalik semua ini adalah untuk menyatukan kelompok Islam dengan kelompok Sekular dalam satu kesepakatan, agar menerima resolusi antarabangsa dalam masalah Palestin. Semua resolusi telah mengiktiraf negara Yahudi di tanah yang diduduki pada tahun 1948. Justru itu, sebarang perselisihan telah dihadkan kepada tanah yang diduduki pada tahun 1967. Mereka (Yahudi) sebenarnya berusaha untuk mendapatkan ‘pengiktirafan’ dari kedua-dua puak rakyat Palestin samada puak Islam atau Sekular. Hasilnya, seluruh puak di Palestin telah menerima resolusi ini tanpa apa-apa bantahan, kecuali puak Al-Jihad al-Islami (Islamic Jihad) yang menolak resolusi tersebut secara menyeluruh, dan
Al-Jabhah asy-Sya'biyah (the People’s Front) yang menolak secara sebahagian.

Pengumuman Pengisytiharan Mekah (Februari 2007) adalah tidak lebih dari ‘siaran ulangan’ kepada pengumuman Perjanjian yang dibuat oleh Fatah (di bawah PLO) pada bulan Oktober 1988. Dalam pengumuman itu, PLO di bawah pimpinan Fatah menyetujui, bahawa masalah Palestin hanya difokuskan kepada tanah yang diduduki oleh Yahudi pada tahun 1967. Pada waktu itu, pihak yang menandatangani persetujuan tersebut hanyalah kelompok sekular, maka adalah amat penting (bagi Yahudi) untuk persetujuan tersebut turut ditandatangani oleh kelompok Islam. Hal ini telah berhasil diwujudkan dalam Perisytiharan Mekah, dengan pertumpahan darah telah dirancang terlebih dahulu di antara Fatah dan Hamas. Masyarakat awam dari kalangan penduduk Palestin menyangka bahawa pengisytiharan tersebut bertujuan untuk menghentikan pertumpahan darah, tanpa menyedari tujuan politik di sebaliknya.

Siapa pun yang membuka mata terhadap peristiwa ini akan nampak bahawa terjerumusnya Hamas ke dalam ‘permainan’ ini membawa maksud bahawa terdapat dua ‘kekuasaan’ di dalam pemerintahan. Satu pihak (Fatah) sebagai pemegang kekuasaan Palestin, manakala (Hamas) sebagai pihak kerajaan. Tujuan semua ini adalah untuk mewujudkan perebutan di antara dua kuasa yang mempunyai kekuatan yang setara, puak Islam dan puak Sekular. Kedua-dua Amerika dan Yahudi tidak menginginkan Hamas memiliki apa-apa peranan, kecuali hanya untuk menandatangani pengisytiharan tersebut sahaja. Bahkan, Amerika dan Yahudi ingin melemahkan kekuatan Hamas di dalam PLO dengan merubah sedikit struktur Palestin, tanpa mengganggu tunjangnya, iaitu pihak yang memegang kekuasaan di Palestin (Fatah). Ini mereka rancangkan tanpa mengambil kira fakta bahawa bahawa Eropah (khususnya Britain) menginginkan agar Hamas memainkan peranan aktif di dalam kerajaan yang mereka terajui.

Bagi rakyat Palestin, Fatah adalah pihak yang tamakkan kekuasaan melebihi segala-galanya, manakala Hamas tidaklah begitu. Justeru, idea Amerika dan Yahudi adalah untuk menggabungkan Hamas dan Fatah di dalam satu pemerintahan agar Hamas dilihat sama seperti Fatah, sebagai sebuah parti yang ‘gila kuasa’. Apabila ini dapat dicapai, mereka kemudian akan ‘menghalau keluar’ Hamas dari pemerintahan agar hanya wujud satu pemerintahan tunggal. Hal ini akan melemahkan Hamas dan akan membuatkan rakyat ‘tidak menyesal’ jika Hamas keluar, kerana sekarang mereka (rakyat) sudah sedar bahawa Hamas tidak ada bezanya dengan Fatah yang hanya mengejar kekuasaan semata-mata.

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Penduduk Palestin!

Demi untuk mencapai matlamat mereka, kaum kafir penjajah sentiasa bersedia, walaupun mereka terpaksa ‘mencipta’ satu krisis berdarah atau lebih dari itu. Inilah hakikatnya dari dahulu. Pertumpahan darah antara antara Fatah dan Hamas yang berlaku dahulu adalah untuk menyediakan alasan kepada penandatanganan Pengisytiharan Mekah agar masyarakat melihat pengisytiharan tersebut sebagai usaha untuk menghentikan pertempuran berdarah yang berlaku. Hal ini berjaya mengaburi masyarakat akan strategi politik (AS dan Israel) yang terselindung. Dalam pertempuran terbaru antara Fatah dengan Hamas, sekumpulan tentera di bawah kawalan Fatah melakukan provokasi terhadap Hamas di Gaza. Hamas sepatutnya bersabar dan mendedahkan konspirasi Fatah kepada masyarakat, namun Hamas gagal menahan sabar, justeru membalas balik dengan keganasan menyebabkan berlakunya pembunuhan dan pertumpahan darah yang menyaksikan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua menjadi mangsa. Harta benda juga turut musnah. Dalam melakukan pembunuhan keji ini, mereka seakan-akan lupa atau sengaja tidak memperdulikan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diriwayatkan dari Abdullah bin 'Amru, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


Sungguh lenyapnya dunia ini adalah lebih ringan bagi Allah daripada membunuh jiwa seorang Muslim” [HR At-Tirmidzi, juga oleh An-Nasa'i dan Ibn Majah]

Tiadanya kesadaran politik di dalam tubuh Hamas dalam perjalanan perjuangan mereka telah menyebabkan Hamas terjerumus ke dalam krisis demi krisis, sehinggalah ke tahap menumpahkan darah kaum Muslimin yang tidak berdosa dalam meraih tujuan mereka. Anehnya mereka merasakan bahawa mereka telah mencapai kejayaan yang gemilang, malah mereka bersujud syukur kepada Allah kerananya.

Sekarang Hamas telah menguasai Gaza dan memiliki pemerintahan sendiri. Sementara Pihak Berkuasa Fatah memerintah di Tebing Barat. Sesungguhnya kedua mereka sedang bersaing dan berlumba di dalam keburukan dan kekejian, baik secara jangka pendek mahupun jangkamasa panjang. Apa pun, mereka sebenarnya telah memberi ‘perkhidmatan’ yang terbaik kepada Yahudi la’natullah di dalam usaha mereka (Yahudi) mencabik-cabik apa sahaja yang masih tersisa dari tanah Palestin. Telah lama Yahudi bercita-cita untuk mencipta sempadan atas dasar kebencian dan permusuhan di kalangan penduduk Palestin melalui pembunuhan (sesama sendiri) seperti ini. Apakah kaum Yahudi terlaknat itu mampu melakukan semua ini, seandainya tidak menggunakan tangan-tangan dan ‘kerjasama’ para pemimpin Islam dalam krisis ini?

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Penduduk Palestin!

Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kepada orang-orang ikhlas yang masih ada, baik dari pihak Fatah mahupun Hamas, agar mereka menutup pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Palestin (Fatah) dan kerajaan (Hamas) di bawah pendudukan tersebut dan menghentikan tangan-tangan keji mereka yang yang duduk di kerusi pemerintahan yang serba lemah di Gaza dan Tebing Barat. Hizbut Tahrir menyeru kepada golongan ikhlas yang masih ada agar berhadapan dengan pemerintah
tersebut dengan sikap yang dicintai oleh Allah dan RasulNya bagi memastikan cahaya kehidupan terus bersinar, baik di dunia mahupun di akhirat. Hanya dengan ini sahajalah akan menyelamatkan mereka dari kehinaan di dunia dan siksa yang pedih di akhirat. Jika kalian terus-menerus berada di panggung sandiwara Pihak Berkuasa Palestin (Fatah) dan kerajaan (Hamas), yang menggenggam kaum Muslimin dan memecahkan kesatuan mereka, yang membunuh kaum Muslimin dan menumpahkan darah-darah mereka, sesungguhnya ia merupakan pengkhianatan kepada Allah, RasulNya dan orang-orang Mukmin.

Kami menyeru para pejuang Hamas dan Fatah yang masih ada sisa-sisa keikhlasan di dalam diri mereka, agar melihat dan mengembalikan krisis ini kepada masalah asalnya, iaitu untuk menghapuskan entiti Yahudi dari akarnya dan mengembalikan tanah Palestin secara menyeluruh sebagai sebahagian dari tanah umat Islam. Jika mereka tidak berjaya menjalankan misi tersebut hari ini, setidak-tidaknya mereka tetap berada di parit-parit yang telah mereka siapkan, dan bersikap teguh dalam posisi-posisi yang mereka ambil (untuk menentang Yahudi). Dengan ini, mereka akan berada sebaris dengan tentera Khalifah Umar yang telah membebaskannya buat pertama kali, dan tentera Khalifah an-Nasir al-'Abbasi di bawah panji panglima Salahuddin yang telah membebaskannya dari tangan tentera Salib, atau mereka akan menjadi pasukan tentera Islam yang berjaya membebaskan al-Quds untuk terakhir kalinya...

“Pada hari itu orang-orang Mukmin bergembira dengan pertolongan dari Allah” [TMQ ar-Rum (30):4-5]

Hizbut Tahrir

3 Jumadil Akhir 1428H bersamaan 18 Jun 2007M

Wahai kaum Muslimin! Apa yang sedang berlaku di Palestin adalah masalah kita semua. Ia adalah sebahagian dari masalah umat Islam. Janganlah kalian menyangka bahawa masalah Palestin adalah masalah rakyat Palestin. Begitu juga dengan masalah Iraq, jangan sekali-kali kalian menyangka bahawa ia adalah masalah rakyat Iraq. Semuanya adalah masalah kita bersama. Soal ‘kerakyatan’ hanyalah muncul dari sempadan negara dicipta oleh musuh-musuh Allah, musuh Rasul dan musuh kalian semua. Allah dan RasulNya tidak pernah membeza-bezakan umat Islam Palestin, umat Islam Iraq, umat Islam Lebanon mahupun umat Islam Malaysia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dia (Allah) yang telah menamakan kamu Muslim dari dahulu” [TMQ al-Hajj (22):78] dan firmanNya, “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara” [TMQ al-Hujurat (49):10]. Dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga mengingatkan kita melalui sabdanya, “Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan ia tidak memperdulikan urusan kaum Muslimin, maka dia bukan sebahagian dari mereka (kaum Muslimin)” [HR Hakim]. Sesungguhnya Allah dan Rasul tidak pernah membeza-bezakan kita dan mengingatkan kita bahawa kita adalah umat Islam yang satu.

Wahai kaum Muslimin! Pelbagai penyelesaian telah diambil untuk menyelesaikan isu Palestin, namun tidak satupun yang berjaya. Konflik terus berlaku, darah terus tertumpah, korban semakin meningkat dan pengkhianatan demi pengkhinatan tidak pernah berhenti. Apakah benar-benar tidak ada penyelesaian terhadap isu ini di dalam Islam? Apakah Allah menurunkan agama ini dengan serba kekurangan sehingga umat Islam perlu mengambil penyelesaian sendiri, malah lebih buruk perlu bergantung kepada penyelesaian dari musuh Allah itu sendiri? Apakah Deen Allah ini penuh dengan kecacatan dan kekurangan sehingga penganutnya tidak ada jalan keluar dari masalah sebegini? SubhanAllah!! Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Sesungguhnya agama Islam yang Allah cipta ini adalah amat sempurna. Namun manusialah yang menjadi punca kepada segala masalah, apabila tidak mengambil penyelesaian dari Al-Khaliq, Pencipta manusia dan agama untuk manusia. Amat hinalah kedudukan manusia yang tidak mengambil penyelesaian yang telah Allah tetapkan.

Wahai kaum Muslimin! Palestin adalah tanah kita yang telah dirampas oleh Yahudi la’natullah dengan bantuan British dan Amerika. Umat Islam di sana adalah di dalam kedudukan ‘perang’ dengan Israel hasil dari pencerobohan ini. Apabila musuh melancarkan perang ke atas kita, maka penyelesaiannya adalah membalas mereka dengan perang juga (jihad). Jika keluarga kita didatangi oleh musuh yang menghunuskan senjata dan mereka telah membunuh beberapa orang dari adik-beradik kita, maka apakah dalam keadaan ini kita akan mengatakan bahawa ‘Ahh! Itu masalah adik aku yang dibunuh, tidak ada kena mengena dengan aku’ atau kita hanya akan menadah tangan di hadapan musuh menagih simpati dan berdoa agar musuh tidak membunuh kita atau keluarga kita yang lain, atau kita menadah tangan bersyukur kerana kita masih selamat dan tidak dibunuh oleh si musuh atau kita bertanya kepada musuh apakah penyelesaian yang terbaik dalam situasi ini?

Wahai kaum Muslimin! Inilah realiti yang berlaku di Palestin sekarang (dan juga di lain-lain tempat). Umat Islam telah meletakkan penyelesaian masalah mereka di tangan musuh-musuh mereka sendiri! Mereka membiarkan musuh membunuh saudara-saudara mereka sambil menunggu musuh menyelesaikan masalah. Mereka memanjatkan doa kepada Allah agar musuh Allah dan musuh mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Mereka berusaha keras mematuhi apa sahaja yang musuh Allah ini tetapkan. MasyaAllah! Apakah ini penyelesaiannya wahai mereka yang berakal? Fikirkanlah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan, apakah ini yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya di dalam menyelesaikan masalah umat Islam? Atau apakah kalian tidak mahu memikirkan dan tidak mahu berusaha, hanya mengharapkan pertolongan dari langit untuk membantu saudara-saudara kalian?

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya penyelesaian kepada masalah Palestin tiada lain melainkan jihad. Inilah penyelesaian yang diperuntukkan oleh Islam dan inilah satu-satunya jalan penyelesaian. Malangnya jalan inilah yang tidak diambil dan tidak pernah diambil oleh pemerintah umat Islam. Dalam keadaan di mana umat Islam sedang diperangi oleh musuh-musuh Allah, maka wajib bagi para pemerintah umat Islam menggerakkan para tentera mereka yang ada untuk berjihad memerangi musuh Allah ini. Jika pemerintah tidak bertindak, maka wajib pula bagi tentera kaum Muslimin bergerak ke medan jihad kerana merekalah golongan yang sebenar-benarnya mempunyai kekuasaan dan kekuatan. Jika digabungkan, umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan ketenteraan yang luarbiasa. Kedudukan Israel yang tersepit dan dikelilingi oleh negeri-negeri umat Islam akan begitu mudah dihancurkan. Bayangkan, jika bergabungnya tentera Jordan, Lebanon, Syria, Mesir Arab Saudi, Iran dan jika ditambah lagi kekuatan dari Pakistan, Sudan, Indonesia, Malaysia dan lain-lain lagi, maka Insya Allah Israel dapat dihancurkan dengan sekelip mata. Atas pertolongan Allah yang kita yakin akan tiba di dalam berlangsungnya jihad, maka InsyaAllah umat Islam akan dapat menguasai semula keseluruhan Palestin (bukan sekadar Tebing Barat dan Gaza) dengan begitu mudah. Malangnya semua tentera kaum Muslimin yang ada dimandulkan oleh para pemerintah dan golongan tentera ini tidak sedar bahawa mereka sesungguhnya tidak mandul!

Ingatlah wahai kaum Muslimin dan pemimpin kaum Muslimin! Anak-anak di Palestin akan bangkit pada hari kiamat dan menceritakan kisah mereka di hadapan Allah. Mereka akan bangkit dari kubur-kubur mereka dan menceritakan bahawa mereka mati dahulu kerana dibunuh dengan kejam oleh askar-askar Yahudi. Mereka akan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun dari pemimpin kaum Muslimin yang menjaga darah mereka. Mereka akan menyatakan bahawa pemimpin umat Islam telah mengkhianati mereka. Mereka akan bersaksi bahawa terdapat sebahagian dari umat Islam yang hanya membiarkan mereka dibunuh tanpa apa-apa pembelaan. Apakah jawapan kalian di waktu itu wahai para pemimpin? Allah akan bertanya kalian untuk apakah kalian memperlengkapkan tentera jika tidak untuk berjihad di jalanNya? Apakah jawapan kalian di kala itu wahai mereka yang memegang kekuasaan? Allah akan bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin, kenapakah kalian tidak bergerak untuk menegakkan agama Allah? Kenapakah kalian membiarkan darah anak-anak Palestin gugur ke bumi sedangkan kalian hidup selesa dikelilingi kemewahan? Apakah jawapan kalian di waktu itu wahai mereka yang sedang berpeluk tubuh? Bertaubatlah wahai para pemimpin, bertaubatlah wahai mereka yang lalai!!

Wahai kaum Muslimin! Bumi Al-Quds, tanah yang diberkati telah berjaya dikuasai oleh umat Islam semasa Khilafah menaungi dunia. Khalifah Umar Al-Khattab telah menghantar tenteranya untuk membebaskan kota suci itu dari tangan kaum kuffar. Begitu juga dengan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi juga berjaya menawan semula bumi yang penuh berkat itu dari tangan tentera Salib. Sesungguhnya umat Islam sekarang tidak mempunyai seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat ini dari malapetaka. Darah umat Islam tertumpah tanpa sebarang pembelaan. Negeri umat Islam diceroboh tanpa sebarang pembelaan. Umat Islam bercakaran sesama seindiri tanpa ada yang dapat menghentikannya. Wahai saudaraku! Di tangan kalian terdapat kuasa untuk menghentikan semua ini! Di tangan kalian terdapat kuasa untuk memilih pemimpin. Kalianlah yang menentukan samada ingin memilih pemimpin sekular yang takutkan Barat atau pemimpin Islam yang takutkan Allah. Di tangan kalianlah terdapat kuasa ‘penentu’ samada kalian ingin memilih pemimpin yang dapat membebaskan Palestin (dan tanah-tanah umat Islam lainnya) atau memilih pemimpin yang hanya mementingkan keduniaan dan pasrah kepada musuh Allah. Kalianlah yang berhak untuk samada memilih pemimpin yang pengecut atau pemimpin yang akan melancarkan jihad ke atas musuh-musuh kalian dan musuh-musuh Allah.

Wahai kaum Muslimin! Dengarlah peringatan ini sebaik-baiknya. Di tangan-tangan kalianlah terletaknya kuasa untuk melantik dan membai’ah seorang Khalifah. Khalifah akan muncul dan memerintah kalian jika kalian memberikan bai’ah kepadanya. Apabila dibai’ah, Khalifah akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya kerana itulah syarat bai’ah yang beliau wajib penuhi. Khalifah akan melihara dan menjaga darah kalian dan menyatukan seluruh negeri kaum Muslimin. Khalifah akan menggerakkan tentera-tentera kaum Muslimin ke medan jihad untuk menyelamatkan kaum Muslimin dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari cengkaman kuffar. Oleh itu, bersama-samalah kalian dengan mereka yang berjuang untuk menegakkan semula Daulah Khilafah dan mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin. Semoga dengan kemuliaan ini Allah akan mengurniakan kalian kebaikan di dunia dan akhirat serta menjauhkan kalian dari kehinaan di dunia dan siksaan Allah yang amat pedih di akhirat kelak. Amin ya Rabbal ‘alamin.


SN Keluaran - 128 29 Jun 2007


[Read more...]

QISAS ITU WAJIB!

[SN126] Misteri demi misteri terus menyelebungi kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Terbaru, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menukar barisan pendakwaraya dan perkara ini dilakukan di saat-saat akhir, satu keadaan yang dikatakan amat jarang berlaku. Alasannya, kerana Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Salehuddin Saidin yang mengetuai barisan pendakwaan, dilihat bermain badminton dengan hakim kes itu, Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Abdul Gani berkata demikian ketika memberi sebab pertukaran barisan pendakwaan itu yang dilakukan pada saat-saat akhir, yang mengakibatkan kes berprofil tinggi yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam Isnin lalu, ditangguhkan kepada 18 Jun. Salehuddin diganti oleh Ketua Bahagian Sivil Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah [BH 07/06/07].

Altantuya, dikatakan seorang model dari Mongolia dipercayai mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Oktober tahun lalu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berkecai di tepi empangan berkenaan. Cebisan tulang dan daging mangsa dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat letupan beberapa butir bom tangan [UM 08/11/06]. Hasil dari siasatan oleh PDRM, seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor bersama seorang konstabel dihadapkan ke Mahkamah. Azilah Hadri, 30, dan Sirul Azhar Umar, 35, yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa membunuh Altantuya, sementara Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia didakwa bersubahat melakukan pembunuhan itu di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara pukul 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sautun Nahdhah pada minggu ini bukanlah ingin mengupas kes pembunuhan kejam Altantuya ini, tetapi kami ingin mengenengahkan kepada para pembaca berkenaan hukum Islam ke atas pembunuhan yang dilakukan secara sengaja, yang merupakan sebahagian dari hukum jinayat/qisas di dalam Islam. Sebagai sebuah Deen yang sempurna yang datangnya dari Zat Yang Maha Sempurna, sudah semestinya tidak ada satu masalah pun yang tidak ada penyelesaiannya di dalam Deen ini. Sebagai seorang Muslim pula, wajib ke atas kita untuk mempelajari dan menerapkan hukum dari agama yang sempurna ini. Kami seterusnya ingin membetulkan pandangan salah segelintir pihak yang menyatakan bahawa hukuman bunuh ke atas pembunuh di Malaysia adalah bertepatan dengan hukum qisas di dalam Islam.

Pembunuhan Sengaja Dan Hukumannya

Di dalam sistem uqubat Islam, terdapat empat jenis (kategori) hukuman iaitu jinayat/qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Untuk setiap kesalahan, terdapat hukumannya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Jika mencuri termasuk di dalam kategori hudud, pembunuhan adalah termasuk di bawah kategori jinayat. Pembunuhan di dalam Islam terdiri dari empat bentuk iaitu pembunuhan sengaja, seumpama sengaja, tidak sengaja dan tersalah. Sebagaimana telah disebut di atas dan di dalam ruang yang serba terbatas ini, kami hanya akan memfokuskan perbincangan berkenaan pembunuhan yang dilakukan secara sengaja sahaja.

Hukum bagi pembunuhan yang disengajakan adalah bunuh balas (qisas) iaitu membunuh si pembunuh, jika wali orang yang dibunuh tidak menuntut diyat atau memaafkan si pembunuh. Dalilnya adalah dari firman Allah, “Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas di dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33]. FirmanNya yang lain, “Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ al-Baqarah (2):179]. Qisas di dalam ayat ini membawa maksud membunuh si pembunuhnya. Ayat ini dirincikan lagi oleh Rasulullah dengan baginda menjelaskan melalui sabdanya bahawa selain qisas, wali bagi pihak yang terbunuh boleh memilih samada meminta diyat yang berupa 100 ekor unta ataupun memberikan kemaafan kepada si pembunuh. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khaza’i, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh mengqisas atau mengambil tebusan (diyat) atau memaafkan...”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Amru bin Syua’ib dari bapanya, dari datuknya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja, maka keputusannya diserahkan kepada wali-wali pihak yang terbunuh. Mereka berhak membunuh atau mengambil diyat yakni 30 unta dewasa, 30 unta muda dan 40 unta yang sedang bunting, atau mereka juga berhak memaafkannya”

Terdapat banyak lagi hadis yang senada dengan hadis di atas yang menjadi dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi pembunuhan yang disengajakan adalah qisas, atau pihak wali meminta diyat atau memaafkan. Hukuman yang terdapat di dalam Islam ini jelas berbeza dengan hukuman yang ada sekarang dilihat dari sudut mana sekalipun. Pertama: Mengikut undang-undang sekarang, pihak yang melakukan tuntutan (pendakwaan) adalah kerajaan (pendakwaraya), bukannya ahli waris mangsa; Kedua: Wali kepada pihak yang terbunuh langsung tidak diberi pilihan memilih hukuman, walhal di dalam Islam, wali mempunyai tiga pilihan. Ketiga: Hukuman sekarang yang diperuntukkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah berasal dari undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh manusia di Parlimen, manakala hukum qisas dalam Islam berasal dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan Hadis. Keempat: Hukuman sekarang dijalankan oleh manusia atas kehendak manusia sendiri berdasarkan keputusan majoriti manusia, sedangkan hukum qisas dijalankan oleh manusia atas kehendak Allah yang menjadi kewajipan bagi manusia berdasarkan aqidah. Kelima: Hukuman Allah apabila dilaksanakan ke atas manusia akan menjadi pencegah (zawajir) dan penebus dosa (jawabir) di akhirat, sedangkan hukuman sekarang tidak akan membawa apa-apa erti, malah akan membawa dosa ke atas pelaksananya kerana jelas-jelas mereka tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan. Inilah di antara sebahagian dari perbezaannya.

Membunuh Orang Kafir

Adapun hukuman terhadap seseorang yang membunuh orang kafir, maka dalam kes ini harus dibezakan antara kafir harbi, kafir dzimmi, kafir mua’hid dan kafir musta’min [Syeikh Abdurrahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat Fil Islam]:-

(1) Kafir Harbi ialah orang kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari Negara Islam serta tidak ada jaminan khusus untuknya. Kafir harbi terdiri dari 2 jenis iaitu kafir harbi fi’lan dan kafir harbi hukman. Harbi fi’lan adalah orang kafir yang sedang memusuhi Negara Islam secara langsung dan sedang memerangi umat Islam manakala kafir harbi hukman pula adalah orang kafir yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan Negara Islam dan tidak juga mereka ini berada di dalam kedudukan perang dengan umat Islam. Bagi kafir harbi fi’lan, tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa darah mereka adalah halal. Seorang Muslim bukan sahaja tidak akan dikenakan apa-apa hukuman jika membunuh mereka, malah hukumnya wajib ke atas kaum Muslimin untuk memerangi mereka di mana sahaja mereka berada. Jika dahulu mereka ini adalah golongan kafir Quraish yang kedudukan mereka sentiasa memerangi Daulah Islam Madinah, sekarang ini kedudukan mereka sama seperti tentera-tentera Amerika atau Israel atau British yang sedang memerangi kaum Muslimin. Mana-mana negara kufur boleh bertukar status menjadi harbi fi’lan apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Adapun kafir harbi hukman, seorang Muslim (serta golongan kafir dzimmi dan mu’ahid) tidak akan dibunuh jika membunuh harbi hukman. Ia hanya dikenakan diyat yang jumlahnya adalah separuh dari diyat pembunuhan ke atas Muslim. Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang kafir (harbi hukman) separuh diyatnya seorang Muslim”. Ini adalah kerana kita tidak mengumumkan perang ke atas mereka dan di antara kita dengan mereka juga tidak terjadi peperangan secara langsung. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali RadhiAllahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perhatikan, seorang Mukmin tidak dibunuh kerana membunuh seorang kafir (hukman), demikian pula kafir yang memiliki perjanjian”. Makna dari hadis ini adalah seorang Muslim itu tidak dibunuh jika dia membunuh seorang kafir harbi hukman. Begitu juga keadaannya bagi seorang kafir yang memiliki perjanjian (yakni kafir dzimmi dan kafir mua’hid), mereka juga tidak akan dibunuh jika ia membunuh kafir harbi hukman. Bagaimanapun, wajib ke atas mereka membayar diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.

(2) Kafir mua’hid adalah orang kafir (termasuk sebuah negara) yang mempunyai perjanjian keamanan dengan Daulah Islam. Kafir dzimmi juga termasuk kafir yang mempunyai perjanjian dengan Daulah Islam. Bezanya dengan kafir mua’hid adalah adalah mereka ini (dzimmi) menetap (bertempat tinggal) di dalam Daulah dan tunduk kepada pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah sebagai balasan perlindungan dari Daulah Islam ke atas mereka. Mereka ini adalah warganegara Daulah dan segala undang-undang Islam terpakai ke atas mereka kecuali dalam beberapa perkara yang dikecualikan syara’. Hak mereka adalah sama sebagaimana hak kaum Muslimin warganegara Daulah yang lainnya serta harta, darah dan kehormatan mereka adalah terjaga. Darah mereka haram ke atas kaum Muslimin seperti haramnya darah seorang Muslim. Imam Bukhari meriwatkan dari Abdullah bin Amri dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang membunuh kafir mua’hid, maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Perhatikan, barangsiapa membunuh kafir mua’hid, maka ia mendapat celaan Allah dan RasulNya. Sungguh aku berlindung dari celaan Allah dan ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”

Hadis-hadis di atas menunjukkan keharaman membunuh kafir mua’hid dan dzimmi dan Rasulullah memberi ancaman yang keras ke atas pembunuhan yang dilakukan ke atas golongan tersebut. Imam Baihaqi mengeluarkan hadis dari Abdurrahman al-Bilmani, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membunuh seorang Muslim yang membunuh kafir mua’hid. Kemudian beliau bersabda, ‘Aku telah memuliakan darah orang yang memohon perlindungan”.

(3) Kafir musta’min adalah kafir yang diberi kemanan oleh Daulah Islam untuk masuk ke dalam Daulah. Mereka bukan warganegara Daulah, tetapi hanya mendapat keizinan untuk masuk dan menetap dalam jangka masa yang dibenarkan oleh Negara. Dalam keadaan sekarang, mereka ini adalah orang kafir yang diberi visa untuk masuk ke dalam Daulah. Dalam situasi ini, darah dan harta mereka adalah terjaga dan undang-undang dalam Daulah Islam adalah terpakai ke atas mereka. Selama mana mereka berada di dalam negara, maka mereka mendapat keamanan sebagaimana halnya dengan kafir dzimmi. Dengan jaminan keamanan ini maka terpeliharalah jiwa, harta dan kehormatannya. Kaum Muslimin haram untuk mencederakannya atau membunuhnya kerana mereka telahpun mendapat hak keamanan dan penjagaan dari Daulah. Ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarlah ia ke tempat yang aman baginya” [TMQ at-Taubah (9):6].

Jika seorang Muslim membunuhnya, maka Muslim tersebut akan dibunuh, sebagaimana jika mereka membunuh kafir dzimmi juga. Ini diperkuat dengan kenyataan bahawa seorang Muslim yang membunuh kafir yang memiliki perjanjian kerana tersalah (tidak sengaja), maka hukumnya sama dengan ia membunuh seorang Muslim. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendakah si pembunuh) membayar diyat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang mukmin.” [TMQ an-Nisa’ (4):92]. Ayat ini adalah berkenaan hukum membunuh kafir mua’hid secara tidak sengaja di mana hukumannya adalah sama sebagaimana hukuman membunuh seorang Muslim secara tersalah. Mafhumnya, ini menunjukkan bahawa bagi pembunuhan terhadap kafir mua’hid dengan sengaja, maka hukumannya juga adalah sama sebagaimana hukuman membunuh seorang Muslim dengan sengaja.

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah kedudukan hukum Islam ke atas orang-orang kafir jika mereka dibunuh di dalam sebuah Daulah Islam. Ramai dari kalangan umat Islam yang terkeliru atau dikelirukan dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja dan tidak terkena ke atas orang-orang kafir. Kefahaman ini jelas-jelas menyimpang dari kebenaran. Berdasarkan ayat-ayat Quran dan Hadis yang begitu banyak menyentuh persoalan hukuman ke atas orang Islam dan orang kafir (termasuk perbincangan di atas), ternyata bahawa hukum Allah itu adalah wajib dilaksanakan ke atas semua manusia, tidak kira Muslim ataupun kafir. Undang-undang Islam adalah undang-undang Negara, bukannya undang-undang yang bersifat peribadi ke atas individu Muslim sahaja. Dengan kata lain, jika di dalam sebuah Negara Islam ada kes mencuri, maka si pencuri wajib dipotong tangannya tidak kira samada ia seorang Muslim mahupun kafir. Begitu juga dengan kes rogol, zina, rompak, bunuh dan sebagainya. Semua yang terlibat di dalam melanggar hukum Allah (yang merupakan hukum Negara), maka kesemuanya tertakluk kepada hukuman yang sama tanpa mengira lagi samada dia Muslim atau kafir.

Sejak sekian lama kefahaman kita telah diputar belitkan oleh penjajah kafir. Mereka menjajah kita dan menerapkan undang-undang mereka ke atas kita. Di peringkat awal, mereka menerapkan undang-undang mereka secara paksa, sesuai dengan realiti mereka sebagai bangsa yang menjajah. Sepanjang penjajahan, mereka tidak henti-henti berusaha merubah pemikiran kita agar berfikir dengan cara mereka. Mereka menguasai dan mengawal sistem pendidikan kita, mereka benarkan kita mengamalkan Islam tetapi sebatas yang diizikan mereka sahaja seperti dalam hal-hal ibadat, harta pusaka, perkahwinan dan seumpamanya. Mereka adalah golongan yang telah ‘membuang’ agama dan memisahkannya dari kehidupan (sekular) dan mereka mengimplementasi sistem mereka ini ke atas kita. Walaupun pada peringkat awalnya semua ini diterapkan ke atas kita secara paksa, tetapi kemudiannya, ia telah diterima secara sukarela oleh umat Islam, khususnya mereka yang memegang kekuasaan. Lama-kelamaan, mereka mula belajar membuat undang-undang mengikut cara mereka dengan mengenepikan hukum agama. Mereka meletakkan kuasa membuat undang-undang di tangan manusia dan menetapkan bahawa undang-undang ini ‘wajib’ diluluskan apabila majoriti manusia sudah bersetuju. Dari sini, maka lenyaplah sudah peranan agama dalam kehidupan.

Jika kita merujuk kembali kepada kes Altantuya, dia pada peringkat awalnya dikatakan sebagai seorang Muslim di mana berita-berita menyebutkan bahawa namanya adalah Altantuya @ Aminah binti Abdullah, tetapi peliknya, tidak ada pengesahan dari Pihak Berkuasa Agama akan statusnya. Malah cebisan mayatnya dikutip oleh ahli keluarganya yang beragama Buddha dan ‘disemadikan’ mengikut ritual agama Buddha [lihat UM 18/11/06]. Pihak Jabatan Agama Islam nampaknya seolah-olah tidak berminat untuk campurtangan, tidak sebagaimana kes Moorthi dahulu yang mana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menguruskan pengebumian mayat Moorthi mengikut cara Islam. Di dalam kes ini, sesungguhnya kewajipan adalah terletak di bahu mereka yang memegang kekuasaan untuk menentukan status agama si mati dan mereka wajib menguruskannya secara Islam jika si mati adalah Muslim. Setelah ditentukan status agamanya (atau jenis kafirnya), maka barulah boleh ditentukan hukuman Allah ke atas pembunuhnya. Jika tidak ada bukti yang menunjukkan seorang itu adalah Muslim, maka hal ini akan dikembalikan kepada hukum asal yakni dengan melihat kepada agama asal si mati tersebut. Dan jika kita merujuk kepada kes Altantuya, ternyata tidak ada bukti (samada saksi atau dokumen) yang menunjukkan dia adalah seorang Muslim. Dari segi fakta juga, ternyata Altantuya telah dibunuh dengan cara sengaja (diletupkan). Justeru, kewajipan pemerintah/qadhi menurut hukum Islam adalah bertanya kepada wali Altantuya hukuman manakah yang ingin mereka pilih, samada qisas, diyat atau memaafkan. Setelah itu, barulah jelas apa yang perlu diputuskan oleh qadhi.

Pembunuhan Berkumpulan

Tidak diragukan lagi bahawa sekelompok orang wajib dibunuh kerana membunuh orang lain, kerana hadis yang berbicara tentang hukuman bagi pembunuh mencakup baik dilakukan oleh seorang individu mahupun sekelompok orang. Lafaz hadis ‘Barangsiapa yang terbunuh...’ adalah mencakup kes seseorang atau sekelompok orang yang membunuh orang lain. Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Saidina Ali tentang pembunuhan yang dilakukan oleh sekelompok orang terhadap seseorang. Ali kemudian bertanya kepada Umar, “Apa pendapatmu seandainya ada sekelompok orang mencuri barang, apakah engkau memotong tangan mereka? Umar menjawab, ‘ya’. Kata Ali, ‘Demikian juga dengan pembunuhan”. Dari sini kita dapat memahami bahawa jika sekelompok orang bersekutu, baik dua orang atau lebih untuk membunuh seseorang, maka semuanya akan dikenakan hukuman yang sama. Semuanya wajib dibunuh meskipun yang terbunuh adalah seorang individu.

Yang dimaksud bersekutu di dalam pembunuhan di sini bergantung kepada penglibatannya dalam pembunuhan tersebut. Jika seseorang terlibat di dalam pemukulan terhadap pihak yang terbunuh, maka ia tergolong sebagai orang yang terlibat dalam pembunuhan secara pasti. Adapun jika seseorang tidak terlibat dalam pemukulan, maka hal ini perlu diperhalusi. Jika kedudukannya adalah sebagai orang yang memudahkan terjadinya pembunuhan seperti menahan/mengepung pihak yang hendak dibunuh, lalu orang yang dikepung tadi dibunuh oleh pelaku pembunuhan atau menyerahkan pihak yang terbunuh kepada pelaku pembunuhan, maka orang tersebut tidak dianggap sebagai pihak yang bersekutu di dalam pembunuhan, akan tetapi disebut sebagai pihak yang membantu pembunuhan. Ini termasuklah pemandu kereta, penjaga pintu dan seumpamanya. Orang semacam ini tidak dibunuh, akan tetapi hanya dipenjara sahaja. Imam Daruquthni mengeluarkan hadis dari Ibnu Umar dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Jika seseorang lelaki menghentikan seorang lelaki yang lain, kemudian lelaki tersebut dibunuh oleh lelaki yang lain, maka orang yang membunuh tadi mesti dibunuh, sedangkan lelaki yang menghentikannya dipenjara.”

Hadis ini merupakan penjelasan bahawa orang yang membantu dan menolong si pembunuh tidak dibunuh, akan tetapi hanya dipenjara. Namun demikian, ia boleh dipenjara dalam waktu yang sangat lama, bergantung kepada ketetapan qadhi. Bahkan Ali ibn Abi Thalib berpendapat agar orang tersebut dipenjara sampai mati. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i dari Ali ibn Abi Thalib bahawa beliau, RadhiAllahu ‘anhu, telah menetapkan hukuman bagi seseorang lelaki yang melakukan pembunuhan dan orang yang menghentikannya (menahan pihak yang terbunuh) di mana Ali berkata,“Pembunuhnya dibunuh manakala yang lainnya dipenjara hingga mati.”

Dengan demikian, semua orang yang tidak bersekutu dalam pembunuhan hukumnya dipenjara, bukan dibunuh. Sedangkan orang yang bersekutu dalam pembunuhan maka ia mesti dibunuh, apapun penglibatannya. Oleh kerana itu, orang yang bersekutu secara langsung yakni bersekutu sebagai pihak yang menyebabkan terjadinya pembunuhan, dan sebagai pihak yang mengatur (mengarahkan) pembunuhan semuanya dianggap sebagai pihak yang bersekutu dalam pembunuhan. Ini adalah kerana mereka semua terlibat di dalam pembunuhan secara langsung. Tidak ada bezanya apakah bersekutu dalam pemukulan atau perencanaan (perancangan) pembunuhan tersebut, semuanya termasuk di dalam aktiviti membunuh. Ini bererti semua orang yang perbuatannya dianggap bersekutu dalam pembunuhan, hukumnya wajib dibunuh, sama seperti ‘pembunuh langsung’. Akan tetapi orang yang mempermudah pembunuhan tidak dianggap sebagai pihak yang bersekutu, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Dalil untuk semua ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Membunuh jiwa tanpa hak adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di dalam Islam. Hanya Allah sahajalah, selaku Pencipta manusia yang berhak menentukan siapakah yang boleh dibunuh dan siapakah yang tidak boleh. Dalam hal ini, Allah Azza wa Jalla memberi khabar ancam kepada manusia melalui firmanNya, “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93]. Allah sebagai Zat yang mencipta ruh dan memasukkannya ke dalam tubuh manusia, Dialah satu-satunya yang berhak menentukan bilakah ruh itu wajib dikembalikan kepadaNya. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa membunuh dengan tanpa hak itu berdosa dan balasannya adalah neraka Jahannam dan kekal di dalamnya. Ingatlah bahawa melaksanakan qisas ke atas pembunuh itu adalah wajib dan meninggalkannya adalah haram. Ingatlah bahawa berhukum dengan selain dari apa yang diturunkan Allah itu adalah haram dan berdosa. Ingatlah bahawa berdiam diri tanpa berusaha untuk menerapkan hukum Allah juga satu keharaman dan dosa. Jika pemerintah berdosa kerana tidak menerapkan hukum Allah, maka umat Islam pula akan berdosa apabila tidak merubah keadaan ini. Justeru, bersatulah wahai kaum Muslimin untuk kita sama-sama bergerak menegakkan agama Allah ini agar azab Allah tidak menimpa kita dunia dan akhirat. Wallahu a’lam.


SN Keluaran - 126 15 Jun 2007


[Read more...]

Friday, June 29, 2007

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.
Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.
Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat.
Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan.
Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.
Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.
Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.

Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia ... Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.
Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000
tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-Peringat an Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?

Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti Diraja Negeri Perak

Tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam.


[Read more...]

Thursday, June 28, 2007

Anti Motosikal
























KLIK PADA IMAGE DIATAS
[Read more...]

SELAMAT PENGANTIN BARU


Selamat Pengantin Baru Buat Ray dan Juga Salmi. Tahniah daripada aku Norul disini. Kita tunggu giliran si Abu Zaharin pulak selepas ini.

[Read more...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...