Tahap bosan. Apalagi bergambar sendri kejap. Wakakaka... Jangan marah sume yer...
[Read more...]
(Click for Bigger Pict)
Welcome to Belaga, Kapit, Sarawak. Sapa-sapa nak pergi bolehla... Belaga boleh diakses melalui jalan darat dan jugak jalan air (sungai). Tetapi dua-dua jalan kena tengok juga cuaca pada hari tuh. Jalan darat sebab ikut laluan lori balak. Kalau ikut laluan sungai, dari jeti di Empangan Bakun. Perjalanan menaiki bot lebih kurang satu jam dari Bakun ke Belaga. Ada juga bot ekspress dari Sibu. Dari apa yang diceritakan, perjalanan dari Sibu lebih kurang 11 jam. Bertolak dari Sibu jam 5 pagi dan sampai di Bakun jam 4 petang. Perghh... So untuk perjalanan nih aku bertolak dengan menaiki 4WD dari Bintulu jam 8.30 pagi. Sampai di Bakun lebih kurang jam 12.15 tgh. Dari situ menaiki bot (1 jam) dan sampai di Belaga jam 1.15tgh.Salam semua. Haha…hari ini penuh dengan keletihan. Kerja banyak. Pepagi ini dah ada mesyuarat koordinasi antara cawangan. Banyak perkara yang dibincangkan untuk manfaat kedua-dua belah pihak. Pastuh aku sibuk dengan dokumen-dokumen yang aku perlukan untuk semakan kelulusan bahan untuk satu projek di Johor. Kelam kabut jugak pagi nih.
Kemudian banyak lagik surat-surat yang perlu disetelkan. Lepas tuh setelkan pulak surat keluar pejabat. Takut tak sempat pulak nanti nak tempah tiket flight ke Sarawak. Apa la kisah travel ke sana nanti. Kene naik bot pulak tuh. Haiyaa…
Balik dari opis….Hamzah hari ni ceria. Improvement sikit, bila Tanya sape Abg Hamzah…dia pun menjawab ..nih…(sambil tunjuk diri sendiri..) hehe… Mana adik Hamzah? Tanya aku lagi… Tuh…jawab Hamzah (sambil tunjuk kearah perut Ibunya)…wakaka….tau pulak tuh… Pandai…pandai….