Tuesday, May 29, 2012

Ikan Bakar Petai ANA- Tg Lumpur



Sent from my HTC


[Read more...]

Saturday, May 26, 2012

Memilih Calon Suami

Credit to Kelakar Grup >

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...

Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....

Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…

Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…

Bapa Gadis : Ha'ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…

Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?

Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..

Dari jauh terdengar suara gadis tersebut meraung kat dapur. Kedua ibubapanya menepuk dahi masing-masing…
---------------
Sent from my HTC


[Read more...]

Tiada Bahagianya Andartu

<Dari Group Kelakar>

CERITA Norazlinda tentang bahagianya jadi andartu seperti diceritakannya di ruangan ini sebulan lalu, disanggah oleh Masizlah, pensyarah IPTA yang mendakwa pandangan itu salah kerana gagal menghayati tujuan Allah mencipta lelaki dan ada perempuan. ''Saya berani menyanggah pendirian dan pemikiran Norazlinda kerana sesungguhnya apabila seseorang lelaki dan wanita itu berkahwin maka dengan sendirinya dia menamatkan zaman bujangnya dan itu yang harus menjadi matlamat umat Nabi Muhammad. ''Saya mula mengikuti ruangan ini sejak zaman menuntut lagi, hinggalah kini bergelar warga emas, setiap minggu pasti ada keluhan wanita yang menghadapi masalah rumah tangga tetapi wanita tetap tidak pernah putus asa melangsungkan perkahwinan. ''Dalam kehidupan berumahtangga ada gembira dan kecewa. Namun pengalaman itu tidak akan dirasai oleh andartu seperti Norazlinda. Saya kasihan pada Norazlinda kerana dia tak berani membuat perubahan dalam hidupnya. ''Secara terus-terang, dulu pun saya seperti Norazlinda. Saya leka dan berbangga dengan status andartu kerana ketika itu saya ada wang, ada teman lelaki dan perempuan, kerjaya sangat bagus, ekonomi mantap dapat bantu orang tua, keluarga malah sahabat handai. Pendek kata saya ada segala-galanya. ''Waktu itu saya fikir saya 'selamat' daripada 'kesengsaraan' hidup seperti kebanyakan wanita yang bernasib malang dalam perkahwinan. Ditambah pula ketika itu saya sendiri pernah kecewa bercinta, lantas saya tidak takut dengan status andartu. ''Lebih-lebih lagi saya ada segalanya, wang, masih muda, cukup dikenali dalam kerjaya saya, kesihatan terjaga, rajin bersukan dan melakukan apa juga aktiviti yang saya suka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. ''Hakikatnya, apabila usia memanjat waktu , saya terfikir sampai bila saya harus hidup sendirian. Semua kelebihan yang saya banggakan sebagai andartu, lambat laun akan 'diambil' oleh yang empunya. Tuhan memberi semua itu hanya untuk sementara. Sampai waktu kita tidak akan punya apa-apa lagi. ''Saya berani katakan di sini, semua andartu yang berani dan lantang mengatakan boleh mengecap nikmat kebahagiaan sendiri hanyalah golongan andartu yang di bawah usia 50 tahun. Apabila mencecah usia emas terutama setelah bersara, ketika itu ibu bapa sudah tiada di sisi, anda akan merasa betapa sunyinya hidup sendirian. ''Nak harapkan kawan-kawan, mereka tidak boleh selalu berada disisi, mereka pasti sibuk dengan keluarga sendiri, sementara saudara kandung juga sudah dimamah usia, jadi kepada siapa anda boleh bergantung harap untuk memenuhi hari-hari yang banyak terluang? ''Percayalah, apabila sampai usia emas, anda akan hilang kegemilangan hidup zaman andartu yang sentiasa ceria dan gembira sebaliknya bertukar muram dan pudar. Yang semakin pasti, tiada sesiapa di sekeliling yang akan benar-benar dapat mendampingi kita ketika usia emas. Anak saudara pun menghilang membawa haluan masing-masing meskipun waktu kecil mereka, anda yang menjaga dan membesarkan mereka. ''Pada usia emas juga, anda mula diserang sakit-sakit sendi sehingga menyukarkan bergerak bebas. ''Jika ditakdirkan anda sakit dan memerlukan rawatan, siapakah yang akan membawa anda ke kelinik, ke hospital atau menemani anda jika sakit berpanjangan? ''Memikirkan masalah seperti inilah, maka saya buang status andartu kebanggaan saya sepanjang usia saya 37 tahun sebaliknya menyimpan azam mahu berkahwin. Memang pada awalnya sukar, tetapi setelah berfikir panjang, saya bertekad. "Saya kikis habis sikap sombong dan bangga dengan status andartu. Tidak kira pahit mana pun pengalaman dikecewakan ketika bercinta dulu, mahupun deritanya hidup wanita diseksa suami atau diceraikan, saya nekad berkahwin. Jika diizinkan mungkin jodoh saya hingga ke akhir hayat, jika tidak saya berserah kepada Allah. ''Alhamdulillah, walaupun ketika itu usia saya 37 tahun, berkat doa, seorang jejaka menghampiri. Kini, telah 17 tahun usia perkahwinan kami. Saya memiliki dua putera yang sudah dalam belasan tahun. Rezeki saya bertambah kerana setahun berkahwin, saya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dan suami berjaya dalam bidang perniagaan yang diminatinya. ''Tawakal saya kepada Allah bukan setakat memberikan jodoh, malahan menerima apa juga ciri suami yang dijodohkan tidak kira usia dan latar pendidikannya. Pokok pangkal, saya berpegang kepada agama. Saya dan suami berkompromi, paling penting, jangan sombong dengan apa yang Allah berikan kepada kita. ''Bohonglah kalau saya katakan segala-galanya manis. Hidup sebagai andartu juga saya tahu tidak semuanya manis. Jangan pandang sinis terhadap kehidupan orang lain seperti anggapan Norazlinda terhadap ibu dan kakaknya yang dikatakan 'sengsara' dek kerenah suami tidak bertanggungjawab. ''Nasihat saya, berdoa dan yakinlah kepada Allah kerana Dia yang mengatur segala-galanya. Kepada semua andartu, mulai saat ini berdoalah, mohonlah dipertemukan jodoh yang baik dan melahirkan zuriat, yang akan mendoakan kita di dunia dan akhirat. ''Saya sendiri jadi saksi perbezaan hidup seorang andartu dengan wanita berkahwin. Bertawakallah bahawa perkahwinan yang diberikan oleh Allah itu adalah sebaik-baik kehidupan kurniaan-Nya.'' Itu nasihat Masizlah kepada andartu agar jangan lagi buang masa mencari jodoh yang telah ditentukan Allah di luar sana .
---------------
Sent from my HTC


[Read more...]

Makan...nyumm..nyumm..

Sent from Yahoo! Mail on myHTC


[Read more...]

Wednesday, May 23, 2012

View from Putrajaya Maritime Centre



Sent from my HTC


[Read more...]

Thursday, May 10, 2012

Mesy Koordinasi KKM-CKK Bil 1/2012



Sent from my HTC


[Read more...]

Sunday, May 6, 2012

Berehat Sebentar Di R&R Genting Sempah



Sent from my HTC


[Read more...]

Kedai Keropok Zaimah ¦ Kemaman



Sent from my HTC


[Read more...]

Thursday, May 3, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...