Thursday, December 29, 2005

Parking di Jerman








Bayangkan, sistem meletak kenderaan seperti ini. Gambar ihsan dari Jerman.
[Read more...]

Monday, December 19, 2005

Kereta VS Ayang

dear abang,
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
love,
ayang

[Read more...]

Friday, December 16, 2005

Bas & Cinta

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber 'air-cond', adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...hehehehheheheeee.....
"Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun akan memperolehi pahala,tetapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau pun akan diancam seksa...."

[Read more...]

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

[Read more...]

Jauh Perjalanan






Emm....penat orang nie berjalan. Tak berenti-renti..
Releks sebentar...Tenangkan fikiran anda..
[Read more...]

Thursday, December 15, 2005

Kuku

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku anda.
The Truth. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya'Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

[Read more...]

Wednesday, December 14, 2005

Soalan Yg Kerap Di Tanya Dan Cara Jawab Terkini!!!

Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"
Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"
Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.
Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

[Read more...]

Tips Dr. Fadillah Kamsah

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya'Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & Insya'Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

[Read more...]

GEN 2 R3






Model Gen 2 R3 yang akan datang. Tungguuuu..
[Read more...]

Monday, December 5, 2005

Majlis Kahwin Lagi....






Emmmhhhh..tgh musim kahwin. Macam nilah... ramai lah kengkawan kita yang kawin. Ok lah... ape-ape hal pun Bang Yusrey kita ni telah pun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya bernama Lin pada 3 Disember 2005 yang lalu di rumah pengantin perempuan di Seksyen 4 Shah Alam, Selangor. Muga Abang Yusrey berbahgia hendaknya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU"








Hemmm...jgn terkejut. Pn Puteh Kamariah (Pengarah Caw. Kerja Kesihatan) turut hadir dalam majlis perkahwinan Abg Yusrey kita.










Haaaa...ini lagi satu majlis perkahwinan staff CKK dari unit Mekanikal. En Hatta kita la....sape lagi. Jadi beliau telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau Norlita dari unit PTM, CPK. Orang JKR jugak rupanya...... jadik diucapkan juga muga berbahgia hingga ke akhir hayat hendaknya....











Tu dia...pasangan ni diarak dengan tandu lagi....
" SELAMAT PENGANTIN BARU"
[Read more...]

Perkahwinan Hazila dan Syamsul Hamri


Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan mendapatkan gambar perkahwinan member UiTM kita iaitu Hazila Bt Othman dan pasangannya Syamsul Hamri. Hazila telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada 26 November 2005 yang lalu di Batu Pahat, Johor.
Gambar ini ehsan daripada kawan karib beliau Pn Dayang Khadijah Hamzah. Muga mereka berdua bahagia hingga akhir hayat









Ini pula adalah gambar majlis perkahwinan mereka di Bandar Putera, Kelang pada 4 Disember 2005 yang lalu.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
psstt: Nanti dapat anak jgn lupa nama Nurul

[Read more...]

Friday, December 2, 2005

Nikah

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk menikah dengan Robert. Jejaka pilihannya yang juga adalah tetangga dan teman sepermainannya sejak kecil.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mau nikah.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh menikah dengan siapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ya!
Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya menikah dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar kata ayah kamu itu. Kamu boleh nikah dengan siapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. kakak beradik kan tak boleh nikah.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

[Read more...]

Nenek Ani

Ceritanya begini, Nenek Ani dirawat di hospital. Menurut doktor, sakit asmanya sudah semakin parah sehingga perlu dipasang saluran oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti dalam keadaan koma. Apabila dia dilihat semakin nazak, anaknya memanggilkan Pak Ayub (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Ayub berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani berubah membiru seolah-olah tidak bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Ayub.
Sambil terus berdoa Pak Ayub terus menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Ayub diundang untuk datang kerumah Ani.
Selesai membaca do'a, Pak Ayub bercakap, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Ayub pun lalu membaca surat tersebut, yang berbunyi :
"Ayub jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran tiub oksigen aku..!"

[Read more...]

Tuesday, November 29, 2005

Alkisah Tempe

Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ada sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu-satunya sumber pendapatannya utk menyara hidup. Pada satu pagi, macam biasa dia tengah bersiap-siap nak pegi jual tempe. Tapi tiba-tiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat daripada kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi.

Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt wang utk hari tu.Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan
perkara-perkara ajaib kerana tiada yg mustahil bagi Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?."

Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya. Lalu dengan tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele.

Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi."Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu. Lalu apakah yang terjadi????????... Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????.... masih tetap begitu !!!!!!! Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakinramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu.

Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untukberdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan oaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya diapun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya.

Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati ygberdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiapbungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya danmelihat isinya. Lalu apa yang terjadisaudara-saudari??????????...... tenyata tempenya benar-benar?????????????????.... belum menjadi!!!!!!!!! Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasaTuhan tak adil. Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je.

Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh.Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!"Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu. "Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan,saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh.Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?" Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini. Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali. Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya.Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari ??????????? Ternyata memang benar tempenya.....belum jadi!!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya.

"Alhamdulillah", ucapnya.Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita itu kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya dah kurang sedap. Begitulah alkisahnyee?

Moral daripada kisah tersebut.

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.
2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNya lah kita memohon & bertawakkal .

[Read more...]

Perkara Yang Paling Pantas

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice ).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ".

"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? " tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari ". " Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " Kamu pula ? "tanyanya kepada calon kedua." KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua. " Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu. " Bagaimana kamu pula ? " tanya CEO kepada calon ketiga. " Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas " jawab calon ketiga. " Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu ? " CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. " Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..............

[Read more...]

Perkahwinan Ahmad Zamri & Nor Adha

Kepada kengkawan UiTM semua, kawan kita Ahmad Zamri Mat Ali telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada 27 November 2005 yang lepas. Majlis perkahwinan diadakan di Felda Lepar Hilir 2, Gambang Kuantan, Pahang. Muga Zamri bahagia sehingga ke akhir hayat. Kengkawan lain yang hadir di majlis tersebut termasuklah Abu Zaharin, Ahmad Shukri, Norulazwan dan juga Erwan Omar.
Disamping itu pada 26 November 2005, Hazila Othman juga telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya. Insya'Allah, saya akan cuba dapatkan gambar untuk selitkan di dalam laman ini untuk tontonan kengkawan yang lain.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"

[Read more...]

Monday, November 21, 2005

Just Be Careful

If you are driving in Malaysia, do take note of the advice below. Plse pass this onto yr friends. Avoid driving over newspapers strewn on the road . It would appear that this technique has reached Malaysia from Indonesia. Life here is getting more like in Indonesia these days. This story which was circulated to me reminds me of the traps set in certain parts of Jakarta by robbers. Some people have lost their lives over this.

They drive into certain lonely roads in Jakarta to find pieces of wood with nails in them on the road. This causes their tyres to go flat. If they get out of their cars, they are set upon by robbers who will take everything: their cars, wallets, anything valuable and sometimes their lives.Avoid driving over newspapers strewn on the Road a new trap set by robbers.

This incident happened some where in KL and forwarded to me by a friend.

This person was driving alone at night when he saw newspapers lying around in the middle of the road. Without giving it much thought, he drove pass the stack of papers. No one would expect to find heaps of rocks and stones beneath the papers!! Wanting to know the damage to his car, he stopped to check. Need I say more.the moment he got out of his car, he was robbed by a group of guys and lost his properties/belongings. Just imagine what would have happen if this had happen to a girl/woman....

So folks, please be careful, do not stop when you're driving alone at night no matter what ! Avoid driving over the papers if you see newspapers lying on the road, this could be a new trick for the desparate fraternity out there !!!!!!

THE MALAYSIAN INSURANCE INSTITUTE (35445-H)
No. 5 Jalan Sri Semantan Satu
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
http://www.insurance.com.my

[Read more...]

Mutiara Kata

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan
sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.


HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.


KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
[Read more...]

Wednesday, November 16, 2005

Pokok Gharqad

Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. Tazkirah ini tak lama,cuma dalam 5-6 minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. Malam ini,ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.
Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah Palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang Islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. Entah kenapa,hati aku teramat tertarik dengan hadith ini. Selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut. Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama “boxthorn”.Dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialahhalaman kerajaan yahudi ini sendiri di Israel. Halaman ini ialah Jewish National Fund.( http://www.jnf.org ) Dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok. Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. jnf ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. Wallahua'lam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. Tetapi jika benar, pokok gharqad ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

More Info on Boxthorn...Click Here


[Read more...]

Balgobin

TEACHER : Why are you late?
BALGOBIN : Because of the sign.
TEACHER : What sign?
BALGOBIN : The one that says, "School Ahead, Go Slow."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, why are you doing your math sums on the floor?
BALGOBIN : You told me to do it without using tables!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, how do you spell "crocodile"?
BALGOBIN : "K-R-O-K-O-D-A-I-L"
TEACHER : No, that's wrong
BALGOBIN : Maybe it's wrong, but you asked me how I spell it!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : What is the chemical formula for water?
BALGOBIN : "HIJKLMNO! "!!
TEACHER : What are you talking about?
BALGOBIN : Yesterday you said it's H to O !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, go to the map and find North America.
BALGOBIN : Here it is!
TEACHER : Correct. Now, class, who discovered America?
CLASS : Balgobin !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, name one important thing we have today that we
didn't have ten years ago.
BALGOBIN : Me !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, why do you al! ways get so dirty?
BALGOBIN : Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
BALGOBIN : Dad, can you write in the dark?
FATHER : I think so. What do you want me to write?
BALGOBIN : Your name on this report card.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : How can you prevent diseases caused by biting insects?
BALGOBIN : Don't bite any.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, give me a sentence starting with "I".
BALGOBIN : I is...
TEACHER : No, Balgobin. Always say, "I am."
BALGOBIN : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : "Can anybody give an example of "COINCIDENCE?"
BALGOBIN : "Sir, my Mother and Father got married on the same day,
same time."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : "George Washington not only chopped down his father's Cherry
tree,
but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't
punish him?"
BALGOBIN : "Because George still had the axe in his hand?"
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
BALGOBIN : Daddy, have you ever been to Egypt?
FATHER : No. Why do you ask that?
BALGOBIN : Well, where did you ! get THIS mummy then?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : What a pair of strange socks you are wearing, one is green
and one
is blue with red spots !
BALGOBIN : Yes it's really strange. I've got another pair just like
that at home.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped
him,what virtue would I be showing?
BALGOBIN : Brotherly love ?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Now, Balgobin, tell me frankly do you say prayers before
eating?
BALGOBIN : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : Balgobin, your composition on "My Dog" is exactly the same
as your
brother's. Did you copy his?
BALGOBIN : No, teacher, it's the same dog !
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
TEACHER : What do you call a person who keeps on talking when people
are
no longer interested?
BALGOBIN : A teacher
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

[Read more...]

Monday, November 14, 2005

Tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah s.w.t hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa Untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan Untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah- olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung Daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah Untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Wallahua'lam.

[Read more...]

Friday, October 28, 2005

Kisah Sekeping Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak. Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!.Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah >terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1:
Oleh itu, jangan makan biskut masa tunggu keretapi/kapalterbang. Makan benda lain.

Moral 2:
Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3:
Lain kali makan biskut orang lain dulu, biskut anda simpan.

[Read more...]

Cegah Kanser Dengan Tauhu

Tauhu merupakan produk kacang soya yang sangat berguna untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat yang cukup tinggi. Isoflavon yang terdapat dalam tauhu merupakan kimia semulajadi yang banyak terdapat dalam makanan ini. ia mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavon yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika, telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.

Petikan Mingguan Wanita

[Read more...]

Selembar Bulu Mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, adas eorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya didunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu"."Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa", jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu. Inilah saksi-saksi itu", ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi". Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan". Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu". Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata". Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam". Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari"."Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan kedalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu,sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi". "Silakan",kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat,walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan". Dengan kesaksian selembar bulumata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah,Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata".Firman Allah S.W.T, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

[Read more...]

Kalau anda.....sanggupkah?

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam goreng seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata, "Kerana terlanjur sudah makan sedikit.. jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkaulakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.....

[Read more...]

Thursday, October 27, 2005

Salam Perkenalan

Salam induksi buat semua kenalan dan member. Sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FILTRI"

Muga perjalanan kita ke kampung untuk bertemu keluarga tercinta diberkati Allah S.W.T. Yang membawa kenderaan sendiri, muga beringat di jalan raya. Saya doakan member & kenalan semua selamat sampai di destinasi masing-masing. Wassalam
Posted by Picasa
[Read more...]

Bila Al-Qur'an Mula Berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

[Read more...]

Menarik Tentang Tamar/Kurma

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berhargaR M120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia
melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting
bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mseti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.>

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah Untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober 2005.
[Read more...]

Wednesday, October 26, 2005

10 Perkara Mengenai Alam Perkahwinan

  1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
    "Saya dan suami baru sahaja mengikuti Kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."
  2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
    "Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan
    mencintai.
  3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
    "Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan Kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."
  4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
    "Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang
    dihantar.
  5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
    "Mana ada yang seratus peratus adil Membahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
  6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
    Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada
    orang yang akan kekal saja seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
  7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
    Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan
    yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
  8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
    Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka Berkahwin, lazimnya akan berjaya
    melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
  9. Hubungan seks ada turun naiknya.
    Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.
  10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
    Apabila perselisihan terjadi, masing-masing Menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah
    yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

[Read more...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...