Friday, October 28, 2005

Cegah Kanser Dengan Tauhu

Tauhu merupakan produk kacang soya yang sangat berguna untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat yang cukup tinggi. Isoflavon yang terdapat dalam tauhu merupakan kimia semulajadi yang banyak terdapat dalam makanan ini. ia mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavon yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika, telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.

Petikan Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...