Salam buat semua,
Bertemu lagi hari ini untuk menyambung cerita semalam. Hari ini pagi sarapan awal. Dalam pukul 6.30 pagi dah turun sebab nak bertolak ke Belaga awal. Bajet bertolak dalam pukul 7.30pagi. Sekali tunggu punya tunggu, kereta tak kunjung tiba. Rupa-rupanya kereta tunggu tempat lain daa... Last-last pukul 8 jugak la bertolak.
Perjalanan hari ini ok sikit daripada yang terdahulu. Hujan pun dah lama tak turun. Tapi berabuk la sikit perjalanan.
Tiba kat Bakun dalam jam 12.00tgh. Panas terik. Tapi yang lebih memeranjatkan....Batang Rajang...kering...kerana sudah lama tidak hujan. Baru nampak batu-batan tengah sungai besar-besar. Haha...Dan lagik satu, sekali naik bot kuasa kecik daa...satu pulak tuh. Takder berbumbung pulak tuh. Perjalanan amar menyeksakan. Takleh nak berlunjur kaki. Sebab naik sampai 9 orang termasuk pilot. Lenguh. Sejam pulak tuh.
Tiba di Belaga lebih kurang jam 1.00 tgh. Layan makan tgh dulu. Lepas tuh solat jamak Zuhur ngan Asar di Surau Kg Melayu Belaga. Selesai solat, terus la ke tapak untuk membuat penilaian kerja. Habis dalam pukul 4ptg dan bertolak ke Bakun. Sampai di Bakun lebih kurang jam 5 ptg. Rasanya hari ini lebih awal sampai kat situ. Dari situ terus balik ke Bintulu dan sampai lebih kurang jam 8.00 mlm. Kira awal tuh... Layan makan seafood di Seribu Bintang. Pergh..kekenyangan..mata pun mengantuk. Balik ke hotel..siap mandi n solat...Bummm....sedapnya katil...erghh...wakaka....ok beb...jumpa lagik esok...
No comments:
Post a Comment