Hari ini, Sabtu....macam biasa, pagi2 menghantar wife ke tempat keje. Bajet pagi nih dia bawak kereta (training). Tak jadik pulak, sebab dah lambat. Karang kalau dia bawak, lewat pulak sampai kat tempat keje.
Tup..tup...tengok-tengok rupa-rupanya jalan jem pagi semalam. Ada construction pulak berdekatan dengan The Mines. Orang ntah duk tengah buat apa ntah. Tengah2 jalan pulak tuh. Abis jalan dari 3 lane jadik 1 lane. Panjang kereta beratur nak lepaskan tempat construction tuh. Balik dari menghantar tuh, duk adjust carik bahan baru nak update blog nih. Mula buat pembaharuan serba sedikit.
Dalam kul 2.30pm keluar pergi amik wife, lepas tuh terus ke The Mines. Saja nak carik software untuk PC nih. Ada beli barang2 sikit sebab nak hantar Hamzah balik ke kampung tinggal dengan atuk nya.... biar dia biasa sikit tinggal kat kampung. Balik dalam kul 6.30pm ke rumah.
No comments:
Post a Comment