Thursday, August 25, 2011

Majlis Istana Terbuka Pada 1 Syawal


KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka di Istana Negara di sini pada 1 Syawal sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberitahu pemberita di sini Rabu bahawa majlis itu akan diadakan secara dua sesi bermula 10 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Sesi pertama iaitu dari 10 pagi hingga 11 pagi melibatkan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama jemaah menteri, pegawai tinggi kerajaan, orang kenamaan serta diplomat asing manakala orang ramai pula boleh mengunjungi Istana Negara selepas itu.

"Pengunjung yang ingin hadir pada majlis itu diingatkan supaya memakai pakaian sopan dan segak," kata Rais.

Katanya Perdana Menteri dan ahli Jemaah Menteri pula akan mengadakan Rumah Terbuka di Seri Perdana, Putrajaya, dari tengah hari hingga 6 petang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...