Thursday, August 25, 2011

Tazkirah Hari Ini

Ada seorang kawan yang senasib dengan saya bertanya saya,

"Kenapa ye kita ni berat sangat jodoh?...ada orang tu senang sangat jumpa jodoh, tak payah susah2 usaha cari jodoh....ada orang tu tak payah nak buat solat hajat, solat istikharah nak dapatkan jodoh....senang je jalannya....kita ni doa pun sudah, solat hajat, solat istikharah pun sudah, tapi tak juga2 dapat....apa makna semua ni? saya dah malas nak buat solat hajat dan solat istikharah dah....sama je...tak ada hasil pun....orang lain tak payah buat solat hajat solat istikharah pun dah lama kawin, bahagia lagi..."

hmmm....saya hanya mampu terdiam....tak mampu nak jawab persoalan tu....berat rupanya persoalan ni...

Siapakah kita untuk mempertikaikan urusan Allah?
Bukankah sejak azali setiap manusia telah ditetapkan rezeki , ajal dan jodohnya sebelum di tiupkan roh pada jasad. Di alam itu, kita telah membuat perjanjian bahawa akan terima apa saja yang Allah telah tetapkan.

Lewat atau cepatnya jodoh, bukanlah urusan manusia. Kalau sudah bertemu, masa dan ketikanya telah Allah tetapkan sejak azali, siapa yang dapat mengubahnya. Walaupun kita mahu dan ingin tetapi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, sezarah pun tidak mampu untuk dicapai hajat itu.

Jika kita menolak tetapi di dalam kehendak dan kekuasaan Allah, tidak selangkah pun kita mampu untuk berundur.

Doa hanyalah salah satu usaha manusia. Dan ingatlah bukan kerana doa kita maka apa yang kita mahu Allah sampaikan. Sebabnya, kalau kerana doa kita,hajat tercapai, bermakna kita yang perintah Allah. Bukan Allah yang berkuasa. Hajat yang doa tercapai disebabkan telah tiba masa dan ketikanya apa yang kita rancang bertepatan dengan apa yang telah Allah takdirkan.

Allah mahu lihat kesungguhan dan ketulusan kita berdoa. Adakah bersolat kerana mohon hajat atau bersolat kerana Allah? Adakh berdoa kerana mahu hajat disampaikan atau berdoa kerana Allah? Berdoa kerana kita ini hamba, kita ini lemah tak berdaya...

Kalau bersolat kerana di atas jelaslah solat itu ada maksud dan solat dengan ego. Hajat tidak sampai , rasa jemu berdoa. Sebenar berdoa itu adalah ibadah. Jemu berdoa samalah jemu untuk meneruskan ibadah...

Ingat lah, Nabi Allah Zakaria berdoa selama 90 tahun untuk mendapat zuriat... kita ini baru berapa hari berdoa? Itu pun adakah berdoa dengan penuh tulus dan pengharapan?

Setiap manusia akan diuji, dan ujian yang diterima oleh setiap manusia itu berbeza-beza. Usahanya tetap sama, berdoa...terus berdoa dengan tulus dan pengharapan...
 
------------------------------------------
Bingkisan Emel Group Kelakarian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...