Assalamualaikum pembaca yang dihormati,
Semoga diberi kelapangan oleh-Nya.
Sudah banyak soalan yang kami terima untuk mengetahui apakah tawaran menarik daripada Jemari Seni untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Nampaknya Kak Ajah tak boleh berlengah lagi. Jadi untuk buletin kali ini, Kak Ajah akan ceritakan apa yang istimewa di gerai JS satu per satu ya!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-31 akan berlangsung pada
27 April – 6 Mei 2012 di PWTC. Kali ini
Jemari Seni mendapat gerai di
Dewan Tun Hussein Onn (dewan sebelah pentas utama), gerai no.
HA11 – HA14 (peta lokasi). Bagi mereka yang pernah mengunjungi kami tahun lepas, gerai tahun ini bersebelahan dengan gerai tahun lepas saja. Senang nak jumpa, insya-Allah
.
JS Adiwarna pula akan berada di muka pintu
Dewan Tun Razak 3 di tingkat atas. Gerai no.
3002-3003 (peta lokasi). Jangan masuk dewan terus, singgah di
JS Adiwarna dulu tau! Di sana ada pelbagai buku dengan tawaran menarik. Jangan lupa temui pahlawan-pahlawan Melaka di sana :D
Baiklah, Kak Ajah senaraikan apa yang istimewa di gerai JS ya.
- Diskaun! Semua judul novel umum akan diberi diskaun 25%. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel-novel baharu dan mencukupkan koleksi novel-novel lama dengan harga istimewa ini ya. Setahun sekali sahaja . Boleh lihat katalog novel di sini.
- Hadiah! Untuk setiap pembelian RM50 ke atas, pembeli akan menerima satu beg* elegan (non-woven) seperti gambar ni. Cantik sekali! Bagi penggemar beg macam Kak Ajah ni, boleh tambah koleksi beg ya.
- Baucar! Untuk setiap pembelian RM100 ke atas pula, pembeli akan menerima satu baucar bernilai RM10. Beg pun dapat (dua beg lagi), baucar pun dapat :D Baucar ni boleh ditukar di gerai JS Adiwarna sahaja sepanjang pesta buku ini berlangsung. Apa lagi, kumpulkan judul-judul yang belum ada dalam koleksi lagi tu ya!
- Button badge! Istimewa untuk pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi – satu button badge* yang cute akan diberi untuk setiap pembelian (pelajar IPT sila tunjuk kad pelajar ya). Kak Ajah pun berkenan ni, untuk letak di beg elegan tadi. Elok saja badge warna merah ni atas beg putih bersih ni.
- Bertemu penulis! Jadual kehadiran penulis seperti di sini ya. Penulis-penulis yang hadir semuanya berharap dapat berjumpa dan beramah mesra dengan pembaca. Singgahlah untuk bertemu mereka yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersua dengan pembaca semua .
* sehingga stok masih ada.
Satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat .
Warga JS yang memakai apron merah gelap menunggu kedatangan kalian ke gerai dengan senyuman manis, semanis madu dari Yemen
.
Oh, boleh guna kad kredit untuk pembelian
RM50 ke atas ya! Jangan risau untuk bawa dompet tebal. Bawa kad, lebih mudah
.
Buletin akan datang: Novel-novel umum baharu untuk pesta buku...
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti;
Dari jauh tuan puan datang,
Kami di JS sedia menanti.
Salam penuh takzim,
Kak Ajah ♥
*10 hari ke Pesta Buku 2012*
~ JS menyampaikan, walau sebaris ayat~
No comments:
Post a Comment