Friday, April 20, 2012

Funny di pagi Jumaat - Ceriakan Hari Anda

ada lagi cerita kentut ni...
 
Pada suatu ketika yg lalu, di sebuah kampung yg terletak agak jauh dari pekan, terdapat 5 sekawan kelihatan segak2 belaka, mahu ke pekan gamaknya. sedang menunggu teksi di sebatang jalan simpang kampung mereka.
 
Sebentar kemudian lalu sebuah teksi, kalau di kampung2 lebih dipanggil kereta sewa. kereta sewa sebuah mercedes lama dipandu seorang pakcik yg agak berumur tapi masih kuat dan bersemangat semasa dia menyapa 5 sekawan tadi, " mahu ke pekan ke?" haa..mari..mari...apalagi 5 sekawan tadi terus masuk ke kereta.
 
Oleh kerana ber-5, ruang kereta agak sesak.pakcik driver memberitahu bahawa kereta sewa nya tiada aircond jadi haruslah menurunkan tingkap cermin kereta.biar angin dari luar sahaja menyejukkan mereka.
 
Di perjalanan itu tiba2 hujan lebat telah turun memaksa mereka menaik kan cermin tingkap utk mengelak tempias hujan.suasana agak hangat dan sesak kerana ketiadaan udara segar dan serta mereka berpeluh2. sambil2 mereka memuncung2 dgn keadaan itu...tiba-tiba semua yg ada di dalam kereta telah mengesan satu bau kentut yg teramat busuk sekali seperti bangkai mati...!#@$%^&*(&^%$$#!###!#!@@!!!......pakcik driver itu tersangat lah hangin satu badan sambil menyindir...eh siapa kentut ni..berenti disini saja, berak dulu....kemudian 5 sekawan tadi masing2 menjawab bahawa bukan mereka yg melepas kan kentut busuk itu..dgn kata mudah mereka tidak mengaku.
 
Pakcik driver makan hati, dia terpikir..takpe2 korang tak ngaku ye...sesampai nya di pekan, 5 sekawan tadi sudah tiba ke tempat di tuju,kereta berhenti dan mereka membayar tambang kepada pakcik sambil mengucapkan terima kasih dan minta diri utk beredar, sambil2 pakcik driver tadi mengira2 tambang yg dibayar...tiba2 pakcik driver tu bertanya kepada mereka...errr....yg kentut tadi dah bayar ke ni...??
 
Maka berdesing lah telinga salah seorang member 5 sekawan tadi, sudah di bayar lagi di tanya2 sudah bayar ke belum...nyanyuk ke apa pakcik ni..lantas dgn jelas salah seorang dari mereka membalas...sudah pakcik..tadi saya hulurkan 5 ringgit utk tambang saya...
moga2 pakcik driver tadi dapat mengingati bayaran nya tadi....pakcik driver mengganguk2 dan membalas....ooooo...jadi kau lah yg kentut dlm kereta tadi...????
 
kantoi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...